mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:
 *Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
 *Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
 *Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
 *Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
 *Mencegah rasa mual
 Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).
 Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan 
jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko 
melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan 
pengambilan jus buah delima.
 Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan
 otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam
 darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan 
bagi tumbesaran bayi yang sihat.
 Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel 
darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih 
tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.
**from majalah Pa&Ma 
 

 
No comments:
Post a Comment