+

Laman sesawang ini di ilhamkan bagi renungan dan tatapan anak ibu di masa akan datang.. bila Awatif Nurus Syifa’ dah pandai membaca nanti… insyaAllah..dengan kesempatan yang ada, ibu pahatkan kenangan kita bersama dan kisah suka-duka kita untuk mengubat rindu… sesungguhkan kegembiraan ketika bersama tidak dapat diluahkan dengan kata-kata namun, ibu cuba gambarkan untuk menyemadikan memori kita bersama…

Sunday, August 18, 2013

.:DeNaK:.

Lena anak ibu tido.. dengan gaya yg sangat comel.. minggu ni k yong ade menemani ibu & Khasyifah.. sebab sekolah cuti lg.. minggu depan sunyi la kita sayang... k yong dh g sekolah...

K yong kat umah pun macam bosan skit... maybe sebab Najla g umah Mak Tok. So, xde kawan nak gaduh.. bile Najla balik je umah...start la diorng... Ya Latif hu Ya Latif.. banyakkan la bersabar wahai ibu dan abah. Yg x tahan tu kalau k yong buat Najla.  Sian Najla, k yong asyik rampas je ape yg Najla pegang. Najla main, yg tu jugak dia nak.. x tau la ibu nak redekan mcm mane.. adik pun skit2 nangis.. tekanan perasaan kot.sian anak ibu. Sayang anak ibu..

Stakat ni k yonf nampaknya dah boleh harap jaga Khasyifah. Stakat baby nangis dia boleh la tepuk tepuk klo time ibu mandi.. baik la k yong ni...sayang ibu...

Khasyifah pun x banyak ragam stakat ni. Alhamdulillah... time lapar, lepas mandi nangis biasa la.. klo x nangis, confius la pulak kan.. mudah mudahan semua anak ibu jadi anak yang baik dan solehah...

Denak... ape ek tu... dulu ibu pun x faham... family belah abah la slalu gune word tu.. rupenye, denak tu maksudnye lene.. lene tido... hu hu.. vocabulary baru ye...

Denak anak ibu tido....

Tuesday, August 13, 2013

.:AidilFitri:.

Akhirnya meriah juga Aidilfitri abah dan anak anak ibu tahun ni... xde la beraye sendirian kat Perlis ni... dapat juga abah salam  dan cium tangan Atuk n Opah...

Alhamdulillah, tahun ni ber-5 sudah kita sekeluarga...
IBU ABAH AWATIF NAJLA KHASYIFAH

Monday, August 12, 2013

.:Balik Kampung:.

Alhamdulillah....
Kini sudah 4 hari syawal dirai bersama 3 orang puteri ibu yang comel..
Berakhir sudah Ramadhan... semoga kita berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang..

Asalnye kita sekeluarga beraya kat Perlis je.. kek raya dah dikirim pengganti diri kepada Opah Bota, Opah Ma, Poh Cu dan Poh Nyah.. Tup tup 2 hari sebelum raye sampai Bota dah..☆☆☆♡♡♡

Mak Tok Najla la asalnye.. mcm nak cuti awal je.. sian plak dia nak masak... masak lemang kot.. kebetulan abah pun ambik cuti dah... Opah pun dah banjir dalam telefon time abah bgth x balik...

Malam tu ibu terpikir perasaan Opah.. sedihnye anak x blk sbb sepatutnye tahun ni memang raye kat Bota.. Ibu bayangkan kalau ibu berada di tempat Opah.. mesti sedih mengenangkan anak xblk beraya... sepatutnye tahun ni semua anak menantu beraya ngan dia.. tambahan lagi anak anak ibu sume perempuan.  Nanti kene patuh perintah suami.. so, ibu pun kuatkan semangat utk balik. Yang jadi nak beraya kat  Perlis tu sebab ibu risau payah nak control puteri puteri ibu waktu dalam kete nanti.. semua berebut nak dok depan.. ibu ni dalam pantang lagi. Baby baru 10 hari.. kuning pun  x hilang lg.. ibu tekad nak balik utk tidak menghampakan harapan ibu mertua.. mudah mudahan Allah permudahkan urusan...

Quarters pun dah sunyi... akhirnye jam 5 ptg bermulalah perjalanan dari Perlis ke Perak... tapi abah x sempat juga berbuka kat umah Opah hari tu. Time magrib  tu kita singgah berbuka di R&R Sungai Perak..

Sunday, August 4, 2013

.:HaRi Ke-7:.

seminggu yang lalu pada saat dan ketika ini, ibu sedang bertarung untuk mengeluarkan seorang puteri yang sangt comel.. walaupun tidak berdaya namun apabile mendengar tangisan bayi kebiruan dalam serak serak sambil cuba menerima perubahan keadaan persekitaran yang 100% berubah dari sarung air ketuban ke udara yang pastinya terdedah dengan cabaran yang pelbagai.

alhamdulillah semalam umur baby ibu dah mencapai hari ke-7..
mengikut sunnah Nabi, seorang anak Adam itu sebaiknya diberi nama pada hari ke-7 dan dicukurkan rambutnya dan di aqiqahkannya. jadi ibu ngan abah cuma ikut apa yang termampu. smlm yang sayang dicukurkan dan dan diberi nama. Aqiqah kita tangguh dulu ye sayang. klo sempat hari aqiqah nanti kita buat bersama majlis kesyukuran rumah baru..

Alhamdulillah, nama diberi Rizqah Nurus Khasyifah binti Mohd Khairul Anuar...

Thursday, August 1, 2013

.:1/8/2013:.

sepatutnya tarikh ni baru baby keluar... tapi hari ni dah masuk 5 hari umur baby..

.:1st pumping:.

malam ni bermula aktiviti mengepam susu. walaupun baby dah pandai minum susu ibu, tapi skit skit je dia minum. bnyak tido... ibu dah kesakiran menahan kebengkakan. so, the solution is=pumping pumping...

mula nye terpikir nak bagi najla isap je tapi sayang pulak. susu awal2 ni bnyak kolestrum.. kolestrum tu sepatutnya utk baby.. lagipun, xnak mulakan najla feeding ibu smula..

ibu x la bersungguh pump pun, sekadar nak melegakan bengkak je.risau kot ibu demam plak. serik dh demam bengkak susu time k yong baby dulu. time tu xde pengalaman.. dapat la 4oz susu kekuningan. pump baru x sampai lagi, order pd org kat UK. nasib baik pump lame masih sedia berkhidmat. Avent manual single pump... store dalam storage baru beli kat Apple Baby House, Alor Star. beli 3 kotak percuma 1.

Wednesday, July 31, 2013

.:breast feeding:.

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana akhirnye baby dah pandai menghisap susu ibu.. penuh kesabaran jugak la ibu berusaha supaya baby pandai hisap. secara alaminya sepatutnye baby memang akan pandai menghisap walaupun kadang kala mengambil masa yg panjang. tapi klo baby dah mula hisap susu botol, kesukaran utk membolehkan dia hisap direct dari ibu tambah berganda.

antara faktor kesukaran adalah disebabkan susu ibu yang mula mula agak payah nak kluar, so baby kene hardwarking skit utk dapatkan setitik susu. kemudian, apabile baby dh diajar guna botol, % kekuatan sedutan kurang kerana susu dalam botol tu sendiri ada tekanan utk keluar.so mudah la baby minum..

hosptal swast jarang sngat galakkan penyusuan susu ibu, kenapa ek. baby dia asingkan dari ibu.. di INS lagi la. ward ibu kat tingkat 3. baby kat tingkat 1. ikut prosedur memang baby x boleh bawak naik ward.. adoi, sadihnye...

tapi walaubagaimana sukar sekali pun, baby kene diajar minum susu ibu jugak.banyak khasiat yg x dapat diberikan oleh susu formula iaitu dari Allah swt. namun, seusaha mane pun kita kene slalu ingt susu ibu tu rezeki dari Allah swt.tanpa izin darinye xde rezeki la anak kita...

stakat ni susu ibu dah mula bnyak. breast ibu pun dah membengkak sebab baby dapat tido memang x ingat lapar. tu salah satu faktor baby juandis(kuning). dia jadi malas nak jaga. asyik nak tido je..

sedih sangat time berusaha nak masukkan puting dalam mulut dia, tapi dia asyik tolak ngan lidah je.. but try try try n try.akhirnya baby pandai gak hisap.

esk nak g chek kuning awal pagi sbb kul 9 tu ibu nak mengurut plak. abah antar k yong n k najla, ibu ngan baby ikut skali la. so esok sume anak anak ibu kene bangun awal dan mandi awal... time to sleep