+

Laman sesawang ini di ilhamkan bagi renungan dan tatapan anak ibu di masa akan datang.. bila Awatif Nurus Syifa’ dah pandai membaca nanti… insyaAllah..dengan kesempatan yang ada, ibu pahatkan kenangan kita bersama dan kisah suka-duka kita untuk mengubat rindu… sesungguhkan kegembiraan ketika bersama tidak dapat diluahkan dengan kata-kata namun, ibu cuba gambarkan untuk menyemadikan memori kita bersama…

Wednesday, July 24, 2013

.:KhataM Al-Quran:.

Alhamdulillah... Dpanjangkan umur sehingga hari ini. 14 Ramadhan sudah. Tapi ibu x sampai 14 hari pun puasa. Ingatkan aritu dah nak kene induce, terpaksa berbuka puasa.risau xde tenaga nak push... Allih alih, x jadi induce he he... Baby syok dok dalam perut ibu lagi.. Xmau kuar...

Alhamdulillah syukur nikmat juga kerana semalam ibu berjaya menamatkan bacaan Senashkah Al-Quran yang suci. Lebih kurang kul 7 petang semalam ibu mengakhiri nya dengan surah An-Nas iaitu surah ke-114 yakni surah terakhir dalam Kitab suci umat Islam... Alhamdulillah sangat... Sempat gak khatam sebelum bersalin..

Anak anak ibu nanti kene khatam Quran selalu tau.. Klo dapat setahun sekali. Ibu khatam tu pun, bukan start Ramadhan tahun ni. Ibu sambung tahun lepas punye. Tahun lepas x sempat khatam. Tapi jangan kejar nak khatam je, dibacakan juga terjemahannya ye. Spaya anak anak ibu sentiasa mendapat peringatan....

Indah sungguh bait- bait doa khatam Quran...

*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Ya Allah,
rahmatilah kami dengan al Quran,
jadikanlah ianya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.

Ya Allah,
Ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya,
berikanlah ilmu yang belum kami ketahui mengenainya,
anugerahkanlah kepada kami untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang.
jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami wahai tuhan seru sekalian alam.
Ya Allah,
perbaikilah bagi kami agama kami kerana dialah penjaga urusan kami,
perbaikilah bagi kami dunia kami kerana di dalamnya kami hidup,
perbaikilah bagi kami akhirat kami kerana ia tempat kembali kami,
jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagi kami dan
jadikanlah kematian sebagai kerehatan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah,
jadikanlah sebaik-baik umur kami pada penghabisannya dan
sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan
sebaik-baik hari bagi kami ialah hari berjumpa denganMu.
Ya Allah,
kami memohon kepada Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan
tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

Ya Allah,
kami memohon kepada Mu sebaik-baik permohonan,
sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu,
sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala,
sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,
teguhkanlah, beratkanlah timbangan kebaikan kami,
teguhkanlah keimanan kami, tinggikanlah darjat kami,
terimalah sembahyang kami.
kami memohon ketinggian syurgaMu,
keharusan mendapat rahmatMu dan keteguhan pengampunanMu,
keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan,
keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka.

Ya Allah,
perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara.
selamatkan kami dari kenistaan hidup di dunia dan siksaan di akhirat.

Ya Allah,
Anugerahkanlah kepada kami ketakutan kepadaMu
yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepadaMu,
ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurgaMu,
keyakinan yang dapat memperkecilkan musibah dunia yang menimpa kami,
berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan dan
kekuatan kami selama hidup kami, jadikanlah ia sebagai peninggalan kami,
jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami.
tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami.
janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar dan
pengetahuan paling akhir bagi kami,
janganlah Engkau beri kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami.

Ya Allah,
janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami
melainkan Engkau telah mengampuninya,
janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami
melainkan Engkau telah mengembirakannya.
janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami
melainkan Engkau telah menunaikannya dan
janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami
melainkan Engkau telah menunaikannya.

Ya Allah,
berilah kebaikan kepada kami di dunia dan akhirat,
peliharalah kami daripada azab api neraka.
selawat dan salam kepada Rasulullah junjungan yang mulia, para keluarga dan sahabat-sahabat baginda,
Subha narabi ka rabbil izzati amma ya sifun..wasalamun ‘alal mursalin walhamdulillah hirabbil alamin.
Amin ya rabbal ‘alamin.



No comments:

Post a Comment