+

Laman sesawang ini di ilhamkan bagi renungan dan tatapan anak ibu di masa akan datang.. bila Awatif Nurus Syifa’ dah pandai membaca nanti… insyaAllah..dengan kesempatan yang ada, ibu pahatkan kenangan kita bersama dan kisah suka-duka kita untuk mengubat rindu… sesungguhkan kegembiraan ketika bersama tidak dapat diluahkan dengan kata-kata namun, ibu cuba gambarkan untuk menyemadikan memori kita bersama…

Wednesday, July 31, 2013

.:breast feeding:.

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana akhirnye baby dah pandai menghisap susu ibu.. penuh kesabaran jugak la ibu berusaha supaya baby pandai hisap. secara alaminya sepatutnye baby memang akan pandai menghisap walaupun kadang kala mengambil masa yg panjang. tapi klo baby dah mula hisap susu botol, kesukaran utk membolehkan dia hisap direct dari ibu tambah berganda.

antara faktor kesukaran adalah disebabkan susu ibu yang mula mula agak payah nak kluar, so baby kene hardwarking skit utk dapatkan setitik susu. kemudian, apabile baby dh diajar guna botol, % kekuatan sedutan kurang kerana susu dalam botol tu sendiri ada tekanan utk keluar.so mudah la baby minum..

hosptal swast jarang sngat galakkan penyusuan susu ibu, kenapa ek. baby dia asingkan dari ibu.. di INS lagi la. ward ibu kat tingkat 3. baby kat tingkat 1. ikut prosedur memang baby x boleh bawak naik ward.. adoi, sadihnye...

tapi walaubagaimana sukar sekali pun, baby kene diajar minum susu ibu jugak.banyak khasiat yg x dapat diberikan oleh susu formula iaitu dari Allah swt. namun, seusaha mane pun kita kene slalu ingt susu ibu tu rezeki dari Allah swt.tanpa izin darinye xde rezeki la anak kita...

stakat ni susu ibu dah mula bnyak. breast ibu pun dah membengkak sebab baby dapat tido memang x ingat lapar. tu salah satu faktor baby juandis(kuning). dia jadi malas nak jaga. asyik nak tido je..

sedih sangat time berusaha nak masukkan puting dalam mulut dia, tapi dia asyik tolak ngan lidah je.. but try try try n try.akhirnya baby pandai gak hisap.

esk nak g chek kuning awal pagi sbb kul 9 tu ibu nak mengurut plak. abah antar k yong n k najla, ibu ngan baby ikut skali la. so esok sume anak anak ibu kene bangun awal dan mandi awal... time to sleep

Tuesday, July 30, 2013

.:HaRi ke-3:.

harini kene bawak baby g chek kuning kat klinik Arau... kul 4 ptg baru pegi. balik terus blh ambik k yong n k najla.

ibu pegang baby dalam kete. tp abah je yang bawak turun check. malas ibu nak kuar masuk kete. kuning baby agak tinggi jgk,10.8 so esok kene dtg check lg. pagi plak tu. esok ibu ade ngurut sekali lg...

urusan urut mengurut ibu plak esok ade sehari lagi. xlain x bukan makcik wan kodiang la yg mengurut. dia je la yang selesa dipanggil utk urut mengurut ibu bersalin kat quarters ni. lagi pun dia ok sngt. mudah cara.. x kasar sangt. daun daun pun dia tlg cari.dia x berkira sngt..hari sabtu ni pun mintak tlg dia clearkn rambut baby...

hari sabtu ni baby genap 7 hari. insyaAllah haritu baru nk letak nama n cukur rambut. ambik sunat hari ke-7

.:bukaaN Laluan:.

actually, 24jam jugak la ibu sakit sebenarnye, walaupun x kuat.. bangun pagi sabtu sampai pagi ahad baru baby kluar...

all noted walau pun sakit, sempat gak capai hs tepi bantal.. time contraction sakit. bile reda, relex je. hanya yg mengalami memahami...

.:warded:.

kul 4pm sampai INS. Doc. Annuar chek baru buka 3cm.. k yong dok ngan maknyah kt umah ye. adik ibu rase labih selesa kat umah maktok... ibu berjuanh kat ward. skrang ni abah g bazar ramadhan.cr juadah berbuka.. kt sini ibu ambik bilik single.. selese la..bukan nak stay lame pun. sekadar merehatkan diri b4 n after bersalin. klo bersalin mlm ni, esok boleh la k yong n k najla datang tngok ibu.... actually ibu sakit ni... bile contraction tu datang, adoi... tapi bile xde contraction, ok je...

.:RumahKu SyuRgaKu III:.

Alhamdullilah sekali lagi.. walaupun hasrat di hati dalam pantang 3rd baby ni x mau naik tangga lagi tapi x kesampaian... pondok kita x siap lagi... xpe la, xyah rushing sangat. Nnti x elok plak jadinye...

Tapi bila bumbung dah siap, lega bnyak la jugak. Walaupun sebulan baru siap bumbung...
Ibu pun tengok dalam gambar je.. dalam pantang ni, abah je la yang bagi information rumah pada ibu...

.:3rd PRINCES:.

Alhamdullah...
Jam 8.03am 28 julai 2013 lahir seorang lagi hamba Allah swt di bumi yang fana ini. InsyaAllah menjadi anak yang solehah dan khalifah yang sejati...

Nama masih xdapat dipastikan... dilahirkan di INS Specialist Centre Alor Setar,  Kedah. Anak kedah sama ngan k yong.. berat mengatasi kakak yg lain iaitu 3.35kg.k yong 2.75kg.k najla 2.55kg.

Rentetan dari post contraction ibu yang salah ejaan 'contaction', lepas zohor baru ibu ngan abah g hospital. Sampai hospital jam 4pm, laluan dah buka 3cm... nak mencapai 10cm x tau lagi kul bapa. So, doktor suruh ibu rehat kat bilik dulu. Jam 11pm baru ibu di bawa turun ke labour room smula... dari saat tu la ibu terbaring kat labour room sehingga my sweetheart keluar jam 8.03 pagi..

Saturday, July 27, 2013

.:ContaCtioN:.

Bangun pagi ni ibu ade rase something yang mendebarkan... Ala ala contaction. Contraction tu translationnye penguncupan.. He he itu yg ibu jumpe.
Rase macam nak buang air besar, tapi bukan..

Program abah arini nak clear tapak, tapi bile ibu bgth kt abh pasal contraction ni, mcm nak cancel je program abah tu. Stakatjam 11 ni ade la 5 6 kali contraction dah. Ibu confius gak ni, nak g klinik ke tak. Nak serah diri dah ke????!!!!! G skrang kot awal sngt. Tangguh nnti risau kot bersalin dlm kete plak. INS bukannye dekat, non kat Aloq Staq.hampair sejam gak la...

Sambil2 mengisi perut tadi, ibu suruh abah g tapak dulu... Klo agak kritikal nnti ibu call abah. Abah nak tambun tanah tanaman esok, sbb tu arii abah nak clearkan la apa yg patut. Asalnye bawak kakyong je.. Tup tup, adik dok ngekor abah je... Bye bye abah, hilang 2 2... 2 2 ikut abh... Tq abah, boleh ibu rehat kat umah sambil blogging.. He he he...

So, sbnr nye x pasti lg bile baby nak kuar... Klo kluar smlm, x jadi Nurus dah, jd NUZUL... Sempena NUZUL QURAN semlm....

Actuallu, sambil blogging ni, 2 kali dh contraction...
Ya Allah, mudahkn lah urusan hamba Mu ini....

Friday, July 26, 2013

.:LasT Day Keje:.

Dah masuk 17 Ramadhan dah saat ni... Alhamdullillah ibu sudah selesai buhat bacaan yasin serta hajat menggunakan air zam zam... Walaubagaimana pun, tadi ibu terkandas puasa. Timle pergi klinik utk chek rutin tadi ibu dah rase pening2 n nak muntah... Naik je umah kononnye utk rehatkan diri, lagi bertambah rase xselese. Nak pitam pun ade. Pagi tadi ikutkan makan nasi time sahur.. Baby lapar kot...

Maka memang sesuai lah ibu last day keje hari ni. Memang x larat nak bawak perut dah. Pragnent kali ni perut padat skit. Nak nafas pun susah dah.. Tapi baby x mau kluar lagi...

K yong n najla jaga.. Gtg

Wednesday, July 24, 2013

.:MengHiTuNG HaRi:.

Hari ni kandungan ibu dah masuk 39 minggu.
Ibu rase dah x larat sangat... Baby pun dah sangat aktif kat dalam ni... Berdebar-debar sangat ibu rase. Kadang kadang rase, cepat la keluar, x larat dah. Tapi takut plak. Mcm mane la sakit bersalin nanti. Kak awatif n kak najla induce, so ibu dipaksa sakit. Air ketuban doktor yang pecahkan. Baby kali ni ibu harap xde masalah, so ibu teringin rase keadaan semula jadi sakit nak bersalin tu.. Scan minggu lepas berat baby dah 2.8kg. Jgn la besar sangat. Ibu takut kene operate. Nak jaga diri lepas bersalin tu payah skit. Al maklum la, k Awatif n k Najla yang nak jaga ibu time dalam pantang nnti.

Sahur tadi ibu x selera makan nasi. 2 suap je pastu x leh g dah. Ibu cicah biskut merry ngan milo je... Skrang ni rase la kesannye. Perut rase masuk angin sngt. Pening kepala sangat ni. Kat opis ibu ni ade dapat rezeki nangka madu plak tu. Sekali bau manis, lapas perut. Tapi lama lame rase nak muntah pulak. Pekat sangat bau nye. Time solat zohor tadi memang ibu hampir nak termuntah...

Hari ni abah masak bubur lambuk kat opis. Berbuka bubur je la malam ni. Ibu pulak teringin nak makan mee goreng basah yg ibu masak. Xtau la larat ke tak. InsyaAllah....semoga ibu kuat...

Bile la agaknye baby nak kuarni.. Suspen plak ibu. Ikutkan ibu dah sedia, cume x buat yasin air zamzam yang cik farhana bagi. InsyaAllah hari ni ibu buat...

Ya Allah ya Tuhan ku, permudahkanla urusan hamba mu ini...

.:KhataM Al-Quran:.

Alhamdulillah... Dpanjangkan umur sehingga hari ini. 14 Ramadhan sudah. Tapi ibu x sampai 14 hari pun puasa. Ingatkan aritu dah nak kene induce, terpaksa berbuka puasa.risau xde tenaga nak push... Allih alih, x jadi induce he he... Baby syok dok dalam perut ibu lagi.. Xmau kuar...

Alhamdulillah syukur nikmat juga kerana semalam ibu berjaya menamatkan bacaan Senashkah Al-Quran yang suci. Lebih kurang kul 7 petang semalam ibu mengakhiri nya dengan surah An-Nas iaitu surah ke-114 yakni surah terakhir dalam Kitab suci umat Islam... Alhamdulillah sangat... Sempat gak khatam sebelum bersalin..

Anak anak ibu nanti kene khatam Quran selalu tau.. Klo dapat setahun sekali. Ibu khatam tu pun, bukan start Ramadhan tahun ni. Ibu sambung tahun lepas punye. Tahun lepas x sempat khatam. Tapi jangan kejar nak khatam je, dibacakan juga terjemahannya ye. Spaya anak anak ibu sentiasa mendapat peringatan....

Indah sungguh bait- bait doa khatam Quran...

*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Ya Allah,
rahmatilah kami dengan al Quran,
jadikanlah ianya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.

Ya Allah,
Ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya,
berikanlah ilmu yang belum kami ketahui mengenainya,
anugerahkanlah kepada kami untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang.
jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami wahai tuhan seru sekalian alam.
Ya Allah,
perbaikilah bagi kami agama kami kerana dialah penjaga urusan kami,
perbaikilah bagi kami dunia kami kerana di dalamnya kami hidup,
perbaikilah bagi kami akhirat kami kerana ia tempat kembali kami,
jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagi kami dan
jadikanlah kematian sebagai kerehatan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah,
jadikanlah sebaik-baik umur kami pada penghabisannya dan
sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan
sebaik-baik hari bagi kami ialah hari berjumpa denganMu.
Ya Allah,
kami memohon kepada Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan
tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

Ya Allah,
kami memohon kepada Mu sebaik-baik permohonan,
sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu,
sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala,
sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,
teguhkanlah, beratkanlah timbangan kebaikan kami,
teguhkanlah keimanan kami, tinggikanlah darjat kami,
terimalah sembahyang kami.
kami memohon ketinggian syurgaMu,
keharusan mendapat rahmatMu dan keteguhan pengampunanMu,
keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan,
keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka.

Ya Allah,
perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara.
selamatkan kami dari kenistaan hidup di dunia dan siksaan di akhirat.

Ya Allah,
Anugerahkanlah kepada kami ketakutan kepadaMu
yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepadaMu,
ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurgaMu,
keyakinan yang dapat memperkecilkan musibah dunia yang menimpa kami,
berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan dan
kekuatan kami selama hidup kami, jadikanlah ia sebagai peninggalan kami,
jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami.
tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami.
janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar dan
pengetahuan paling akhir bagi kami,
janganlah Engkau beri kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami.

Ya Allah,
janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami
melainkan Engkau telah mengampuninya,
janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami
melainkan Engkau telah mengembirakannya.
janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami
melainkan Engkau telah menunaikannya dan
janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami
melainkan Engkau telah menunaikannya.

Ya Allah,
berilah kebaikan kepada kami di dunia dan akhirat,
peliharalah kami daripada azab api neraka.
selawat dan salam kepada Rasulullah junjungan yang mulia, para keluarga dan sahabat-sahabat baginda,
Subha narabi ka rabbil izzati amma ya sifun..wasalamun ‘alal mursalin walhamdulillah hirabbil alamin.
Amin ya rabbal ‘alamin.



Tuesday, July 23, 2013

.:Al Fatihah buat Nawal Iris:.

Salam pagi 14 Ramadhan yang indah.. sesungguhnya Ramadhan sangat indah.. dan segala yang ditakdirkan di bulan Ramadhan pasti besar hikmahnya....

ingin ibu kongsikan di sini berikutan pilunya perasaan ibu bila mendengar kisah sedih keluarga arwah Nawal Iris yang tidak dirancang lagi tidak disengajakan. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

x dapat ibu gambarkan betapa pilunya hati seorang ibu apabila mendapati anak sendiri sudah tidak bernyawa di dalam kereta yang si ibu tinggalkan. 'bukan ibu sengaja sayang'. pasti itu la yang terbit di hati ibu.' sakit ibu melahirkan sayang, kenapa ibu nak buat sayang sakit begitu. menangis sendirian di dalam kereta tanpa bantuan sesiapa. tanpa pujukan ibu. tanpa pelukan ibu. sehingga sayang ibu menghembuskan nafas yang terakhir bukan atas pangkuan ibu. sedang ibu masih hidup. tak kan ibu biarkan anak ibu menderita sendirian.. sayang anak ibu.'

kepada anak-anak ibu, Awatif Nurus Syifa dan Najla Nurus Najihah dan baby yang tunggu masa nak keluar ni, walaupun kadangkala ibu marah atau tinggi suara atau babab anak-anak ibu, tak tersinggah di hati ibu anak-anak ibu menyusahkan ibu, apatah lagi membebankan ibu. bukan marah yang ibu maksudkan. sekadar nak mendidik anak ibu supaya tidak buat perkara yang tidak sepatutnya...' k yong, jangan gigit adik, sakit adik, sian adik.' 'adik jangan tarik rambut kak yong, sakit kak yong, sian k yong'.

ikutkan hati ibu, ibu nak jaga anak-anak ibu. cukuplah abah sorang je keje. cukup makan minum sudah. tapi ibu x mampu lagi.. insyaAllah 7 tahun lagi ibu quick...

ibu serah pada Allah swt. walau ibu pantau anak ibu 24jam sekali pun, klo DIA kata kun fayakun untuk segala sesuatu, DIA yang maha mengetahui. pasti sesuatu yang lebih baik tidak terjangkau difikiran kita telah diaturkan. Dihujung Surah al-Baqarah, kita diajar oleh Allah swt dengan doa-doa, yang bermaksud, “Ya Allah! Jangan Engkau timpakan ke atas kami dengan ujian yang kami tidak sanggup untuk memikulnya;…”Inilah yang Allah ajar kepada kita, especially kita yang lemah iman untuk memohon kepada Allah supaya ujian yang dikenakan, biarlah ujian yang mampu ditanggung.

Begitu juga sejarah yang ditinggalkan oleh para nabi dan rasul. Mereka diuji dengan ujian yang amat berat, yang tak mungkin dan tak mampu bagi insan kerdil seperti kita untuk menerima ujian-ujian sepertimana yang dikenakan oleh Allah kepada para nabi.

semoga kisah ini menjadi ingatan kepada ibu untuk lebih memberi perhatian dan menyayangi anak anak ibu. sayang.... doakan ibu

Monday, July 15, 2013

.:Prepairing SOFTSKILL class:.

omputih la pulak post title ibu ni.. he he..
saje je... sbb ngah cari idea untuk class softskill petang ni... nak happy happy ngan student softskill sementara mengajar diorang ni... nnti ibu bersalin maybe bagi kursus ni pada aunty Izan...
search tajuk ice-breaking, bnyak je aktivitinye.. nak laksanakan tu risau x berjaya...

sem ni je lagi ibu nak ngajar softskill, lepas ni x dah kot, sbb kursus ni diambil alih oleh unit Ko-Kurikulum... syok sebenarnye softskill ni sebab relex and buat je apa2 yang rase nak buat ngan student.. no, marking, no assignment, no pening-pening.. he he..... 2 2 pihak happy...

k la.. ibu nak prepare potong kertas kepada 20 keping(kertas warna warni, menarik skit) and buat aktiviti 4F;
  • favourite color
  • favourite dream
  • favourite lecturer
  • favourite of me
hantam saje la nama2 nye.. ibu cipta sendiri aktiviti ni hasil dari ronda2 cari idea...

pelaksanaan;
  • setiap orang tulis 4F dalam kertas
  • kumpulkan
  • randomly sorang sorang baca and the rest teka siapa orangnye... (utk tingkatkan communication dalam kelas)
hopefully berjaya....

Friday, July 12, 2013

.: 2hari sudah:.

Alhamdulillah.. Smlm ibu berjaya puasa dan berjaya mencapai hasrat g bazar ramdhan Arau.. Siap beli cempedak lagi sbb teringin nak mkn cempedak goreng...

Hari ni ibu cuti... Nak merehatkan diri.. Prepare diri untuk hari berpantang.. InsyaAllah hari ni nak masak berbuka la.. Tapi kene masak sebelum anak anak ibu balik...

Cadangan menu:-
🌹Goreng cempedak
🌹Bubur pulut hitam
🌹Nasi ayam
🌹Air laici...

Cukup la kot kan.. Simple menu je... Hopefully dikurniakan kesihatan dan kekuatan...

Semoga berjaya....

Ops.. Sblm terlupe nak cita.. Tadi ibu nak potong kuku kaki... Tapi.........😭 X sampai... Perut da besar.. X sampai dah.. Hilang satu nikmat kemudahan.. Terpaksa tunggu abah...
Klo anak ibu dh pandai, boleh anak ibu potongkan kot ek....

.:sehari sudah:.

Alhamdulillah.. Complete 1 cycle ibu puasa hari ni.. Walaupun collapse 2 jam terakhir... Sian kat abah, semua dia kene sediakan...

Kul 7 tu abah buka juadah yang telah dibeli di bazar ramadhan, lauk plak tertinggal kat kedai rupenye...(takde rezeki)

Makan je la nasi ngan ayam percik..kering je la.. Abah mcm nak kuah kuah skit. Kuah Daging masak kicap tertinggal kat kedai...

Arini nak g bazar arau.. Ibu rase sihat skit.. Teringin nak g bazar.. Sblm berpantang 44 hari.. Hehe

Jom g bazar.. Hopefully dapat capai hari kedua.

Wednesday, July 10, 2013

.:1 Ramadhan 2013:.

Alhamdulillah dipanjangkan umur hari ini.. Pagi tadi bangun sahur ber-3.. Ck Najla Nurus Najihah bangun awal pagi ni.. Mudah mudahan ibu dapat bertahan sehingga 7 setengah ni...

Tuesday, July 9, 2013

.:RAMADHAN:.

Ramadhan datang lagi...

ALHAMDULILLAH... bersyukur pada ALLAH SWT kerana telah panjangkan usia kita untuk betemu Ramadhan tahun ini.. Syukur Ya Allah...

Tahun ni kita berpuasa 4 beranak... Ibu abah k yong n najla...di awal ramadhan. Akhir ramadhan InsyaAllah jadi 5 beranak..

Semoga ibu dikuatkan olehNya untk berpuasa tahun ni...

SELAMAT BERPUASA SEMUA





.:INS Specialist Center:.

Alhamdulillah.. Kurang skit kerisauan di hati ibu. Sbb x tau nak bersalin kat mane. Hajat dihati nak cari doktor perempuan. Tapi mcm kurang kemampuan... Daripada doktor cina, baik cari doktor Islam.. Al maklum la.. Menyambut kehadiran insan yang putih suci ke dunia setelah 9 bulan di alam rahim...

Tadi ibu dah register untuk bersalin dengan Dr. Anuar Husainy Hussein. Yang mane sama dengan doktor yang menyambut kelahiran puteri pertama ibu, Awatif Nurus Syifa'. Bukan la memilih, tapi kekecewaan bersalin di hospiptal kerajaan menyebabkan ibu pilih utk bersalin di swasta. Tapi kita hanya merancang, Allah swt penentu segala. 3 minggu lagi menantian ibu...

Semoga urusan kita dipermudahkan...

Minggu depan ibu kene check up lagi sebb kakak Awatif n kakak Najla dulu awal 2 minggu. Sbb kekeringan air ketuban.. Then asyik bleeding je walaupun sikit sikit. Lain orang lain cara nya, lain cabarannya... Baby ibu ni x tau lagi mcm mane... Mudah mudahan jgn la cepat sngt, tak dapat ibu nak puasa Ramadhan...



Thursday, July 4, 2013

.:cuti cuti di rumah:.

Hari ni ibu cuti.. Tapi anak anak ibu tetap di hantar ke taska n umah pengasuh... Klo x antar, xjadi gak plan ibu nak packing barang arini... Sabtu ni nak balik kampung.. Tapi ibu x sure balik lg ke tak sbb penat berhimpit himpit dalam kete dengan perut yang memboyot ke depan ni.. Nnti sian kat baby kene penyek ngan kak awatif n kak najla dia...

Mane barang yang x gune sangat nak pos ke kampung... Al maklum la, nak pindah nnti x la susah abah sorang srang mengemas n packing barang sebb maybe time tu ibu dalam pantang..he he...

Sblm mengemas, teringin nak makan something la.. He he



.:3 jam sudah:.

Ya Allah.. Sabar je banyak banyak... Appointment kul 10 tp ni dah kul 1 still Q lagi... Baby lapar sangat dh ni... Nak kene tunggu lagi... Ni yang x larat gi chek klinik ni...

Hanya untuk my 3th baby... Let we scan....



Tuesday, July 2, 2013

.:hujan di petang hari:.

Jam dh 5.50pm. Abah, k yong n adik x sampai lg ni... Risau ibu... Call x angkat. Ibu tunggu dlm kete sbb blh tlg abah ape yg patut utk di bawa ke tingkat 3 quarters..

Beberapa minit kemudian abah call.. Singgah jumpe en.os wiring... Lega ibu...

Sayang semua.. Semoga selamat sampai umah...

Monday, July 1, 2013

.: pAyOng tErjUn:.

Petang td lepas urusan di tapak, ibu abah g Padang Besar. Beli kelambu akngah kirim...

On da way balik tu, kebetulan ade aktivity payong terjun dari kem askar.. dekat dengan kilang gula tu.. patut la dari td org dok berkelah tepi jalan. Rupenye tunggu terjunan.. cantik... semuanye lancar..he he








Cantikkan...

.:sEbUlAn AkAn dAtang:.

Sebulan yg lalu holiday.. sebulan yang akan datang ni mendebarkan...



Baby ni dok bergerak gerak je.mcm tau2 je kite ngah cite pasal dia.. hopefully baby x kuar awal 2minggu mcm k yong n k ngah..

.:sEbUlAn yang lalu:.

Hari ni dah masul bulan julai.. sebulan dh memori kita tinggalkan Cameron Highland.. Tapi ade 1 cerita istimewa ibu x share ngan anak ibu.. excually pergi holiday tu bagi menyambut anniversary ibu abah yang ke-4.


Petang tu kita gerak balik Kampung Bota. Jam 12 still dalam kete. Ibu just pegang tangan abah n wish anniversary. . Smile each other je la.. bile sampai umah, dalam kul 12 lebih, dah ready nk tido ngan kelambu baru yg beli kt Padang Besar, abah keluarkn present.. MasyaAllah.. terkedu ibu. Ibu x prepare ape2 pun untuk abah...



Tq abah... love love live uuu... klo abah x bg ni pun ibu love love love abah...