+

Laman sesawang ini di ilhamkan bagi renungan dan tatapan anak ibu di masa akan datang.. bila Awatif Nurus Syifa’ dah pandai membaca nanti… insyaAllah..dengan kesempatan yang ada, ibu pahatkan kenangan kita bersama dan kisah suka-duka kita untuk mengubat rindu… sesungguhkan kegembiraan ketika bersama tidak dapat diluahkan dengan kata-kata namun, ibu cuba gambarkan untuk menyemadikan memori kita bersama…

Friday, June 28, 2013

.:RuMaHKu SYuRGaKu II:.

Hari Jumaat yang cerah...
seminggu ni negeri2 lain terutama Johor kecoh dengan isu jerebu...
Alhamdulillah x sampai ke Perlis..

Hari ni genap 2 BULAN 15 HARI pembinaan pondok kita... hari Jumaat tukang cuti.. insyaAllah esok lusa sambung keje smula...perkembangan, Alhamdulillah... tukang pun x banyak masalah.. cuma ibu je yang asyik ade je nak ubah sane ubah sini... stakat ni dalam proses buat beam atas.. siap beam, InsyaAllah minggu depan dah boleh mula buat bumbung... bila dah naik dinding ni, rase x sabar sngt nak tengok umah siap...


actually ni gambar hari Ahad baru ni.. weekend je la ibu g melawat tapak. weekday yang lain abah je yang pantau.. sebab dekat dengan opis abah...bapa percent ni ye... 50% lebih dah kot.. tapi x sempat beraya di umah baru kot.. maybe lepas rase baru siap sepenuhnye...

lari jugak la dari harapan... tapi, ibu pun x la kejan tukang rumah sangat sebab x nak la dia rushing sangat tapi nnti rumah kita x berkualiti.. ade rezeki ade la....

kita tunggu bumbung siap nnti ibu akan show the flow.. he he he...
mudah-mudahan semua berjalan lancar Ya Allah....

No comments:

Post a Comment