+

Laman sesawang ini di ilhamkan bagi renungan dan tatapan anak ibu di masa akan datang.. bila Awatif Nurus Syifa’ dah pandai membaca nanti… insyaAllah..dengan kesempatan yang ada, ibu pahatkan kenangan kita bersama dan kisah suka-duka kita untuk mengubat rindu… sesungguhkan kegembiraan ketika bersama tidak dapat diluahkan dengan kata-kata namun, ibu cuba gambarkan untuk menyemadikan memori kita bersama…

Tuesday, November 9, 2010

.:tak sabar nak bagi MAKAN:.

umur Awatif dah 6 bulan ni dah boleh start bagi makan... 
ibu bngun malam sebab nak surf makanan yang sesuai utk anak ibu... siang xsempat...
weekend ni nak mula bagi... biar ibu suapkan anak ibu k....

 **********************************************************
Antara makanan yang seuai dijadikan makanan pertama bayi ialah
  • Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
  • Pisang lenyek
  • Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
  • Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri
  • Bijirin segera permulaan tanpa susu dan perasa
Jangan campurkan lebih daripada satu jenis makanan buat permulaan kerana jika alahan berlaku anda mudah mengesan makanan yang patut dielakkan. Perkenalkan makanan satu demi satu dan tunggu 4 hingga 7 hari sebelum mencuba makanan lain.

Tekstur Yang Sesuai

  • Untuk permulaan, makanan bayi hendaklah dikisar halus.
  • Anda juga boleh menggunakan penapis halus untuk menapis makanan sambil melenyeknya.
  • Cairkan makanan dengan menggunakan susu ibu atau susu formula yang bersesuaian.
  • Tambahkan kepekatannya apabila anak anda telah menerima dengan baik tekstur makanan tersebut.

Kuantiti Yang Sesuai

  • Mulakan dengan sesudu hingga dua sudu makanan yang dicairkan sehari sekali.
  • Tambahkan kuantitinya jika bayi anda masih ingin makan.
  • Jangan terlalu banyak kerana makanan pelengkap bukan diet utama bayi. Sumber khasiat bayi yang utama sepatutnya datang daripada susu.


INFO Carta pemakanan si kecil

Enam bulan
  • Tekstur makanan: Halus
  • Minuman: susu
  • Makanan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
  • Elakkan: Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang
Tujuh bulan
  • Tekstur makanan: Halus tapi sedikit kasar berbanding pada usia enam bulan
  • Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
  • Makanan: Buah, sayur, gandum, telur kuning dan mentega kacang
  • Elakkan: Susu lembu segar, cili, garam, gula, telur putih, ikan dalam tin dan organ dalaman haiwan
Lapan hingga 12 bulan
  • Tekstur makanan : lenyek/kisar/ cincang
  • Minuman: Susu ibu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
  • Makanan: Buah, sayur, ikan, daging, produk tenusu dan telur kuning
  • Elakkan: Telur putih, cili, kerang-kerangan, gula, organ dalaman dan lemak
12 hingga 18 bulan
  • Tekstur makanan : cincang
  • Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
  • Makanan: Sama seperti keperluan ahli keluarga yang lain
  • Perlu dielakkan: Telur mentah, cili dan kerang-kerangan
Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment