+

Laman sesawang ini di ilhamkan bagi renungan dan tatapan anak ibu di masa akan datang.. bila Awatif Nurus Syifa’ dah pandai membaca nanti… insyaAllah..dengan kesempatan yang ada, ibu pahatkan kenangan kita bersama dan kisah suka-duka kita untuk mengubat rindu… sesungguhkan kegembiraan ketika bersama tidak dapat diluahkan dengan kata-kata namun, ibu cuba gambarkan untuk menyemadikan memori kita bersama…

Tuesday, June 21, 2016

.:RaMaDHaN 2016:.

Alhamdulillah..
hari ni dah masuk 16 Ramadhan 1437H..
panjang umur kita mendapat Ramadhan tahun ni...
sepanjang Ramadhan ni baru sehari kita pegi bazar Ramadhan di Changloon..
yang lain, Alhamdulillah ibu ngan abah masak kat umah.. simple pun, simple la...
InsyaAllah malam ni kita berbuka di PASTI AL-KHAIRIAH, KG MUO,TAMBUN TULANG..
ada jemputan iftar beramai-ramai harini..kita meriahkan majlis ye..

Minggu ni pun sebenarnye dah masuk 5 bulan usia kandungan ibu yang ke-4 ni.
mudah-mudahan penuh puasa ibu tahun ni.
setakat harini kak Yong x dapat puasa lagi..
nak makan katanya..
insyaAllah tahun depan cuba lagi...

hari ni hari ke-2 ibu start kelas dengan student ibu yang baru utk sesi Jun 2016..
semoga sem ni lebih baik dari yang lepas..
sem ni kene pantas skit, kot la baby dalam ni x sabar nak kluar...
ikutkan due ibu 30/10/16..
doakan semoga ibu dipermudahkan ye...
x sabar nak tunggu kelahiran baru..
jumpa lagi sayang..

Monday, January 25, 2016

.:RiNDu BeRTaNDaNG LaGi:.

Jam 2.19 pagi..
Ibu bangun..
Menghabiskan bancuhan Famous Amos Cookies yang masih berbaki 2 lengat x do bakar..
Kul 10 td terus tido sebab Kak Yong x sihat..
Sejak bangun pagi hari sabtu mata Kak Yong bengkak..
Lepas tu sakit kaki katanya..
Tadi nangis2 x leh jalan...
Abah dok desak urut urut..
Kaki Anak tu sakit kan..
Kasar sangat cara abah tu ibu rasa..
Sedih ibu tengok Anak ibu sakit..
Teringat masa sakit melahirkan..

Kalau esok Kak Yong sakit lagi..
Ibu bawak g klinik..
Maaf kalau melarat sebab ibu x terus bawak g klinik hari sabtu aritu...
Ingatkan bengkak mata sebab alahan makan..

Nampak Kak Yong kurus sangat..
Ibu buat cookies pun Kak yong xmau makan...
Adik je makan banyak...
Kalau dulu..
Kak Yong yang excited bila ibu masak something..
'Waw... Sedapnye,Kak Yong suka'
Ibu rindu Anak ibu
Ibu Sayang Anak ibu

Monday, July 6, 2015

.:RAMADHAN AL-MUBARAK:.

Alhamdullilah..
ALLAH beri nikmat untuk berjumpa Ramadhan tahun ini 1436Hijrah...
Ibu dapat bersahur dengan abah dan berbuka dengan anak -anak ibu dan abah terutamanya...

walaubagaimanapun.. di awal ramadhan ibu diuji dengan sedikit ujian kesihatan...
2 minggu baru ibu betul2 recover.. puasa terpaksa tinggal sehari atas nasihat doktor...
masak pun ibu x larat.. sian abah, banyak bersabar dengan ibu...
demam urat, selsema, batuk, sakit tekak dan yang paling ibu x tahan, sakit tulang belakang.. nak batuk pun sakit.
alahmdulillah, minggu lepas ibu betul2 sihat dan boleh sediakan makanan berbuka setiap hari... xyah g bazar lagi..
walaupun x berapa nak sedap, abah dan anak-anak ibu makan habis.. ibu suka sangat....
sayang anak-anak ibu n love u abah...

Wednesday, June 10, 2015

.:CouRSe WiTH MDEC:.

8-12/6/2015
ibu berkursus di Penang...
citybayview,penang..
anak-anak ibu tinggal umah dengan abah...
ibu sentiasa rindu anak-anak ibu...
rindu abah juga