+

Laman sesawang ini di ilhamkan bagi renungan dan tatapan anak ibu di masa akan datang.. bila Awatif Nurus Syifa’ dah pandai membaca nanti… insyaAllah..dengan kesempatan yang ada, ibu pahatkan kenangan kita bersama dan kisah suka-duka kita untuk mengubat rindu… sesungguhkan kegembiraan ketika bersama tidak dapat diluahkan dengan kata-kata namun, ibu cuba gambarkan untuk menyemadikan memori kita bersama…

Wednesday, October 16, 2013

.:KeNDuRi aQiQaH:.

Alhamdulillah...
13~10~13
Selesai sudah majlis Aqiqah Rizqah Nurus Khasyifah disulami acara potong kek Najla Nurus Najihah..
Malam tu secara rasminye kita tido di TeRaTaK CiNTa HaTi..

Terima kasih pada yang hadir dan yang banyak menyumbangkan tenaga...

Semalaman ibu n Cik Mal x tido menyiapkan hamparan beradu baby n ala ala candy table adik, sampai lupa nak ambik pic..

Friday, October 11, 2013

.:TeRaTaK CiNTa HaTi:.

Alhamdulillah...
InsyaAllah lepas asar nanti kita akan buat doa selamat skit kat TERATAK CINTA HATI..

Walaupun belum siap sepenuhnye, tapi x sabar nak duduk umah tu dah...
Ahad ni kita nak buat kenduri Aqiqah baby Khasyifah... So nak kene kemas kemas la umah tu..

Klo sblm ni ibu post `RuMaHKu SYuRGaKu'.. Tapi skrang dh tukar TeRaTak CiNTa HaTi... Dari awal lagi ibu suka tag line tu..
Semoga TeRaTaK CiNTa HaTi menyatukan hati kita semua...

Alhamdulillah.. Susah payah abah terkejar2 nak siapkan pondok kita ni.. Walau diuji dengan pelbagai rintangan...

Tq abah

Wednesday, October 2, 2013

.:NeBuLiZeR:.

Seminggu sudah ibu n baby ulang alik ke klinik... 2 kali setiap hari baby kene ambik oksigen sebab paru-paru baby ade jangkitan..

Monday, September 23, 2013

.:ReZeKi:.

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Sunday, September 22, 2013

.:SeMiNGGu Di KaMPuNG:.

Sedar x sedar dah seminggu kita di kampung tanpa abah. Kini abah ondaway nak ambik kita.
Pok Yeop tengah tunggu abah di Stesen Keretapi Kuala Kangsar. Alhamdulillah..abah selamat sampai.abah gerak dari Arau kul 7.30ptg. Takdir Allah swt pukul 8 td train rosak tengah hutan dan tergendala 1 jam.risau sangat ibu.. Dah la balik tergesa-gesa. Sepatutnye esok abah ambik tapi sebab train esok habis, so abah awal 1 hari..

Anak anak ibu sangat seronok dok kampung...
Main ngan kucing, main main d halaman rumah, ulang alik umah Poh Cu Poh Ma sesuka hati. Tambah lagi dilayan oleh Mak Ungge, Pak Tam dan Pak Teh...

Ibu plak sibuk jadi single mum...
Mandi anak anak, basuh botol botol, layan makan minum anak anak.. Penat la jugak. Tapi seronok sebab anak anak ibu happy walaupun tangan penuh ngan gigitan nyamuk dan serangga kecil.. Dugaan jugak la bile malam x tido sebab baby Khasyifah xleh lena.

Bile lagi kite boleh dok kampung lame lame kan....
Esok dah nak balik Perlis...

Saturday, September 21, 2013

.:eLaK BaRaH:.

Antara makanan yang boleh membantu mencegah barah:
:-|Epal
:-|Beri biru
:-|Kranberi
:-|Buah delima
:-|Oren
:-|Anggur merah
:-|Kayu manis
:-|Daun selasih
:-|Bawang putih
:-|Buah pala
:-|Bawang
:-|Kunyit
:-|Kubis
:-|Tomato
:-|Brokoli
:-|Lobak
:-|Keledek
:-|Kubis bunga
:-|Sawi
:-|Buah zaitun
:-|Tauge
:-|Bayam
:-|Coklat
:-|Madu

E Sumber: http://www.eattodefeat. org

Friday, September 20, 2013

.:Berkampung bersama Anak-anak:.

Malam ni dah masuk hari ke-2 ibu tido tanpa abah.
tapi hari ni terasa sangat ketiadaan abah sebab skrang kat Jawang. sunyi skit. smlm kat Sungai Siput, umah Tok Nyah, ramai orang... xla rase sunyi.

K yong n Najla tido dengan opah kat luar..
ibu n Khasyifah tido berduaan dalam bilik.. Khasyifah baru lepas menyusu, tido balik. sempat la ibu blogging sat...

InsyaAllah 2 minggu baru abah ambik kita di kampung. abah siapkan TeRaTaK CiNTa HaTi KiTa di Perlis. kita balik perlis nanti hopefully dah siap la umah tu. tinggal tugas ibu untuk mendeko je. erm... x sabar rasanya...
walau x sebesar mana tapi selesa la untuk kita duduk anak beranak..InsyaAllah....

mudah-mudahan kita diberkati dan sentiasa dalam redho Allah..