+

Laman sesawang ini di ilhamkan bagi renungan dan tatapan anak ibu di masa akan datang.. bila Awatif Nurus Syifa’ dah pandai membaca nanti… insyaAllah..dengan kesempatan yang ada, ibu pahatkan kenangan kita bersama dan kisah suka-duka kita untuk mengubat rindu… sesungguhkan kegembiraan ketika bersama tidak dapat diluahkan dengan kata-kata namun, ibu cuba gambarkan untuk menyemadikan memori kita bersama…

Monday, September 23, 2013

.:ReZeKi:.

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Sunday, September 22, 2013

.:SeMiNGGu Di KaMPuNG:.

Sedar x sedar dah seminggu kita di kampung tanpa abah. Kini abah ondaway nak ambik kita.
Pok Yeop tengah tunggu abah di Stesen Keretapi Kuala Kangsar. Alhamdulillah..abah selamat sampai.abah gerak dari Arau kul 7.30ptg. Takdir Allah swt pukul 8 td train rosak tengah hutan dan tergendala 1 jam.risau sangat ibu.. Dah la balik tergesa-gesa. Sepatutnye esok abah ambik tapi sebab train esok habis, so abah awal 1 hari..

Anak anak ibu sangat seronok dok kampung...
Main ngan kucing, main main d halaman rumah, ulang alik umah Poh Cu Poh Ma sesuka hati. Tambah lagi dilayan oleh Mak Ungge, Pak Tam dan Pak Teh...

Ibu plak sibuk jadi single mum...
Mandi anak anak, basuh botol botol, layan makan minum anak anak.. Penat la jugak. Tapi seronok sebab anak anak ibu happy walaupun tangan penuh ngan gigitan nyamuk dan serangga kecil.. Dugaan jugak la bile malam x tido sebab baby Khasyifah xleh lena.

Bile lagi kite boleh dok kampung lame lame kan....
Esok dah nak balik Perlis...

Saturday, September 21, 2013

.:eLaK BaRaH:.

Antara makanan yang boleh membantu mencegah barah:
:-|Epal
:-|Beri biru
:-|Kranberi
:-|Buah delima
:-|Oren
:-|Anggur merah
:-|Kayu manis
:-|Daun selasih
:-|Bawang putih
:-|Buah pala
:-|Bawang
:-|Kunyit
:-|Kubis
:-|Tomato
:-|Brokoli
:-|Lobak
:-|Keledek
:-|Kubis bunga
:-|Sawi
:-|Buah zaitun
:-|Tauge
:-|Bayam
:-|Coklat
:-|Madu

E Sumber: http://www.eattodefeat. org

Friday, September 20, 2013

.:Berkampung bersama Anak-anak:.

Malam ni dah masuk hari ke-2 ibu tido tanpa abah.
tapi hari ni terasa sangat ketiadaan abah sebab skrang kat Jawang. sunyi skit. smlm kat Sungai Siput, umah Tok Nyah, ramai orang... xla rase sunyi.

K yong n Najla tido dengan opah kat luar..
ibu n Khasyifah tido berduaan dalam bilik.. Khasyifah baru lepas menyusu, tido balik. sempat la ibu blogging sat...

InsyaAllah 2 minggu baru abah ambik kita di kampung. abah siapkan TeRaTaK CiNTa HaTi KiTa di Perlis. kita balik perlis nanti hopefully dah siap la umah tu. tinggal tugas ibu untuk mendeko je. erm... x sabar rasanya...
walau x sebesar mana tapi selesa la untuk kita duduk anak beranak..InsyaAllah....

mudah-mudahan kita diberkati dan sentiasa dalam redho Allah..

Monday, September 16, 2013

.:KampunG oh Kampung:.

Hari ni bermula la kehidupan ibu dan anak anak ibu dikampung tanpa abah...
8.00mlm tadi abah naik bas sorang sorang ke Kangar meninggalkan kite kat umah Tok Nyah..
Alhamdulillah kul 12.30pg abah sampai station bus kngah nak naik taxi ke umah... Rm35 dia charge.. Erm... Bayar je la... Rezeki pakcik tu keje keras mlm2 tinggalkan anak bini di umah...

InsyaAllah 2 minggu kita kampung... Sejak ibu kawen, xpenah merasa duduk kampung lame2...
Abah bagi peluang ibu duk kampung sambil abah ke hulu ke hilir nak melengkapkan TeRaTaK CiNTa HaTi kita...

Abah x rindu kami ke??????

Tuesday, September 10, 2013

.:NiFaS:.

Alhamdulillah..
Hari ini dah masuk hari ke 43 ibu berpantang...
Terima kasih banyak banyak kepada ABAH kerana sabar dan susah payah menjaga ibu...
Ibu sayang abah...
.:SuaMi YaNG DiKaSiHi:.

'Dalam pantang' adalah istilah yang dikurniakan kepada semua wanita yang bergelar ibu...
3 org anak ibu ni InsyaAllah akan mengalaminya... Klo sempat dan panjang umur ibu, biar ibu cara anak ibu time dalam pantang nanti ye... Sambil main ngan cucu ibu.. Ish ish, jauhnye ibu mengelamun...

Time k yong n najla, x sampai 40 hari ibu dah boleh solat dah... No problem...
Tapi kali ni sampai arini still darah x kering lagi... Baru lah ibu menggelabah cari cik google n support bukti dari cik youtube... Utk kesahihan...

From cik google;
*********************
Darah nifas bermakna darah kelahiran, iaitu darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas melahirkan anak. Berapa lama darah nifas ini boleh berlanjutan? Persoalan ini menjadi khilaf di kalangan ulamak;

1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).

Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan orang yang sulasul-baul (yakni orang yang menghadapi penyakit kencing tak putus) dan tertakluk dengan hukum-hakam mereka sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini (sila rujuk; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html).

2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.

Wallahu a’lam

Cik Youtube;
****************
https://www.youtube.com/watch?v=ab7c9LnomSo&feature=youtube_gdata_player

Jelas dari Ustaz Azhar Idrus



Saturday, September 7, 2013

.:RuMaHKu SYuRGaKu IV:.

Hampir 5 bulan dah proses pembinaan berlangsung.. Alhamdulillah berjalan lancar dengan izin Allah swt. Ujian kesabaran diberikan dalam penantian utk lihat rumah siap...

Plaster dah siap ni... sekarang dalam proses buat ceiling dan koridor longkang. .. ceiling bilik siap dah...tinggal ceiling dapur dan depan je.. pasni boleh pasang tile... InsyaAllah...

YaAllah... Kau berkatilah perancangan kami ini dan berilah kemudahan serta murahkanlah rezeki kami....

ALHAMDULILLAH

Friday, September 6, 2013

.:Avent oh Avent:.

ibu ecxited nak gune barang baru ni...
All about AVENT...
kebetulan sebab Acik Jaja dok UK...
murah skit dari beli kat sini...
save jugak la 500 > <
TQ to Acik Jaja sbb pos kan...

ada botol baby dan ada juga botol baru utk Kak Yong dan Adik...


try Double Electric Pump
invest utk Khasyifah...



mudah skit la nak steril pasni...
klo ade alat basuh botol lagi syok..hu hu..
yang terbaik semua untuk anak anak ibu..
semoga anak ibu sihat sihat selalu...
setakat yang ibu mampu.. 
ibu akan terus belajar untuk menjadi ibu yang sempurna untuk anak ibu...
belajar juga menjadi isteri untuk abah tersayang...

LOVE U ALL

Thursday, September 5, 2013

.:Hari ke-40:.

Alhamdulillah. ..
Hari ni umur baby dah 40 hari...
Maknanya hari ni juga hari ke-40 ibu berpantang. ..

Baby sihat Alhamdulillah. .. anak yang baik.. dah kuat nak berdiri.. makin hantap sebab cukup susu ibu Alhamdulillah. ..

Syukur sangat  sangat pada Allah swt, rezeki baby, ibu bnyak susu... Insya Allah esok ibu nak rasmi the new pump yang baru sampai dari UK...

.:AbAh☆★☆KoiR:.

Tahniah Abah...
Wahhh... glamour skrang... siap jadi recording artis lagi...
Sayang Abah...
Sebelum hantar maknyah ke UUM, abah buat persembahan sulung di Dewan Kangar dulu... siap masuk YOUTUBE lagi... bagi sambutan Merdeka Raya di Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan anjuran Kolej Komuniti Arau. ..
Sebelum tu, asyik g practice je... tinggal ibu★baby★adik...
K Yong kene ikut Abah... payah ibu nak control klo Kak Yong & Adik rebut mainan kat umah.. sebab ibu still dalam pantang.. pasni ok je ibu tinggal dengan NURUS ibu ni..

Wednesday, September 4, 2013

.:Aminah ♡♥♡ UUM:.

2 September...
Kemasukan pelajar ke university. ..
Alhamdulillah maknyah ditawarkan ke UUM. .. dekat sangat la dengan umah kita...
TAHNIAH MAKNYAH
Ibu masih dalam pantang, xleh la nk g hantar maknyah ke U...
Ibu wakilkan abah dan K yong antar maknyah..
Disebabkn abah plak ade perhimpunan bulanan peringkat jabatan sampai kul 10am. Lewat la antar maknyah...
Lewat org dah x ramai, cepat boleh selesai tapi kurang meriah la..
Takpe maknyah, langkah dah bermula... teruskan hingga mencapai kejayaan...
Semoga anak anak ibu juga berjaya mencapai kejayaan...
Ahli Syurga semua anak anak ibu...

Monday, September 2, 2013

.:saya Sayang Prof Dr Muhaya:.

Saya sayang Prof Dr Muhaya




















sayangi lah orang yang baik anak anak ibu...
semoga anak anak ibu mencontohi kebaikan mereka...
semoga anak anak ibu jadi orang yang bertakwa....

Sunday, September 1, 2013

.:Merdeka Raya Taska Awatif:.

Now K Yong ikut abah g practice koir... buat recording... utk perhimpulan bulanan jbtan di Kangar esok anjuran Kolej Komuniti Arau...(mcm.recording artis pulak)

Najla dan Khasyifah ketiduran tatkala hujan lebat di luar... sempat la ibu blogging sat...he he...

Pagi tadi K Yong berMERDEKA RAYA kat taska... ibu bapa dijemput hadir sekali utk memeriahkan majlis....

memandangkan ibu baru 36hari dalam pantang, abah je la teman ye sayang...
SAYANG ANAK IBU

.:HuJaN:.

Alhamdulillah...
Hujan rahmat...
dah lame sngt rasenye tanah PTSS ni x hujan lebat....
Engkau mengetahui seglanya Ya Allah... yang nyata dan tersembunyi...

ALHAMDULILLAH SYUKUR RAHMAT