+

Laman sesawang ini di ilhamkan bagi renungan dan tatapan anak ibu di masa akan datang.. bila Awatif Nurus Syifa’ dah pandai membaca nanti… insyaAllah..dengan kesempatan yang ada, ibu pahatkan kenangan kita bersama dan kisah suka-duka kita untuk mengubat rindu… sesungguhkan kegembiraan ketika bersama tidak dapat diluahkan dengan kata-kata namun, ibu cuba gambarkan untuk menyemadikan memori kita bersama…

Friday, May 24, 2013

.: kesalahan tatabahasa :.

Hari ni ibu ada perhimpunan bulanan... Bulan ni start pukul 9.00pg. Biasanya pukul 8.00 pg. So, sempat la ibu, untie ina, untie sarah n untie zihan g mkn dulu. Kat kedai makan JKE... He he he...

Sampai kat guard poli, dapat free paper Berita Harian... D ruangan Bahasa Melayu, ade something yang boleh ibu share kan....

Semoga sama2 kita dapat manfaat...



Saturday, May 18, 2013

.: Hari Guru:.

16 mei... Tarikh smiley untuk semua yg bergelar pendidik..

Actually banyak kenangan betsama guru guru tercinta, tapi x sempat nk wish tepat pada masanye.. Saat ini baru sempat melahirkan perasaan itu di blog ketika anak2 ibu sedang lena dibuai mimpi indah di kediaman Taman Sri Gombak..

Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai...tidak terbalas.. Terima kasih cikgu...

Friday, May 17, 2013

.: IKEA :.

Semalam kits sampai umah Opah Chik kul 6.30pg.. Anak2 ibu nyenyak tido dlm kete. Kul 10 kita still kat Changloon lagi.. Singgah makan. 2 kali gak berhenti, driver tido. Sampai Gombak,opah dh g keje. 6 suku pg lg opah dh gerak keje ke Putrajaya.. Penat plak ibu rase. Kul 7 ptg baru sampai umah. Ibu 5 minit je ulang alik ke tempat keje.

Saturday, May 11, 2013

.:besday k yong 3tahun:.

9 mei 2013, 3 tahun sudah umur puteri sulong ibu.. Alhamdullillah, membesar dengan sihat dan sangat bijak..

Ibu bersyukur kerana sudah 3 tahun dapat bergelar ibu kepada anak yang comel lagi manis.. Permata hati ibu dan abah..

Tahun ni kita sambut ber-4.

Wednesday, May 8, 2013

.: pulut harum manis:.

Asyik makan x habis je ibu ni.. X tau nak makan ape sebenarnye.. Tapi sian kat baby, nanti lapar..

Lunch tadi g la sungai batu pahat..menikmati.....

Habis... Alhamdulillah...

Friday, May 3, 2013

.:marking:.

!!!!private n confidential!!!!

.: 7.20am 3 mei 2013 :.

Hari ni ibu awal sampai ofis... Kita ade 1 kete je... Abah antar ibu kat ofis, kemudian antar adik umah mak tok and the last antar k yong ke taska.. Then abah kenela sampai ofis sebelum kul 8.00am...

Semalam gara-gara adik mengamuk, MYVI terpaksa ditinggalkan di klinik Reflesia. Asalnya ibu g sorang je bawak adik sbb cirit birit tu. dah adik mengamuk, ibu xleh bawak kete. Abah terpaksa ambik ibu. Petang tu xleh ambik kete lagi sbb abah ade futsal plak.. Tapi kalah.. He he he...

Mlm tadi adik ok dah. Tapi on da way antar ibu tadi, adik berak plak. Tapi bukan cirit rasenya. Sbb bau dia lain..

Ibu sampai td kul 7. 20am... Orang ke-2 dah sampai, KDE jam 7.34.. Di ikuti org ke-3 LA jam 7.35am... Tadi pemegang kunci still x sampai lagi... Terpakse tunggu kat luar ni untuk thumb print....

Thursday, May 2, 2013

.: Apps blogger vs Draftcraft:.

Ibu baru install blogger using Ipad. Nape ntah ibu install draftcraft sebelum ni. Kat tablet samsung ibu guna blogger.. Draft craft masalahnya x leh nak edit image selain dari apps dia sendiri...

Ni ibu testing guna blogger kat Ipad...Nk try upload image skali...

Image x le letak kat tempat yang dikehendak ke...
Erm...

Ni gambar k yong time rasmi cap kerani pengundian ibu. Selasa baru ni k yong ikut ibu g ofis...
Ahad ni ibu kene bertugas sebagai kerani pengundian PRU 13 di sekolah kebangsaan serdang, perlis. K yong ngan adik dok ngan abah kat umah k...

Ok, publish

Edit:
Ok... Boleh la.. Tapi gambar k yong jadi kat bawah.. Nak manage kene guna komputer la.. Instant post ok la kat blogger ni.. Nak edit saiz pun x leh...

.: AdIk cirit birit:.

Actually time semua org tengah tido.. Ibu x tido lg lepas jaga kul 1 tadi sbb adik cirit lagi... Cite pasal cirit plak😃...

Semalam cuti labour day.. 1 mei... Seharian adik cirit birit. Mula2 ingatkan ok sebab in the same time, adik demam. So, cirit tu mungkin dia buang panas badan... Ibu x la bawak g klinik. Mkn paracitamol katumah je la... Mlm ni still x clear lagi.. Demam dia pun still ada. Esok ibu kene bawak adik g klinik juga la... Walaupun esok sebenarnya student ibu exam paper ibu, microwave EP 603. Nasib baik petang.. So pagi boleh ibu g klinik dulu sblm g dewan petang tu. x leh buat ape pun untuk student ibu. Semua tu atas usaha mereka. Ibu dah berikan yang terbaik yg ibu mampu... Sekadar beri semangat pada anak didik ibu...

Esok juga first time k yong nak g TADIKA PERMATA. Dah tengah tahun baru masuk. Kebetulan ada kekosongan... K yong x sabar sejak hari Isnin lagi.. Sejak ibu tunjukkan bangunan tadika yang akan k yong belajar nanti... Pesan pada k yong kul 10 mesti tido. Tapi tadi, kul 11 jugak k yong tido.. Ibu dok berkepit je ngan adik.. Bergayut je dia... Demam nak bercakap kot... Mudah-mudahan adik x apa apa.. Esok sihat kot...


Erm.. Dah ready dah beg abah, ibu, k yong n adik... K yong gune bg Tupperware lagi... Ibu ni maniac la jugak skit2. Ikut budget bulanan dan keperluan.. 😍

Posted via DraftCraft app

.: wallpaper :.

Lately ibu banyak sngt surfing... Google information untuk rumah baru kita.. 'Ikut hati mati' Betul... Bnyak sngt dekorasi... Rambang mata memilih disamping budget yg x seberapa.. X blh nk high taste sngt.. Pesan abah pada ibu, "ukur baju di badan sendiri"..

Kita share tentang wallpaper la. mcm nk digunakan...ermmmm


Antara kebaikan wallpaper ini adalah:

1. Tahan lama.
Wallpaper boleh tahan sehingga 5-10 tahun. Kebanyakan wallpaper yang bermutu tidak akan pudar, tapi kalau pakai cat, tentu saja sudah 2 atau 3 kali perlu dicat semula.

2. Wallpaper boleh menutup rekahan tembok dan kecacatan dinding lain.
Jika rumah kita ada rekahan yang agak ketara, cat agak susah untuk menutupnya kecuali menggunakan penampal terlebih dahulu. Untuk rumah yang dimodified daripada rumah lama( dahulunya kayu kemudian diganti dinding batu) wallpaper amat praktikal digunakan. Sebabnya kerana rumah tersebut akan banyak sekali kelihatan tiang kayu yang menjadi tiang seri (tiang rumah lama dahulu) jadi, wallpaper adalah penyelesaian kerana dapat menutupi kayu tersebut.

3. Wallpaper amat mudah dibersihkan.
Sekiranya kotor, maka kita hanya perlu lap sahaja. Untuk menjaga wallpaper, eloklah seminggu sekali dikebas dengan menggunakan bulu ayam (amat mudah). Dan untuk setahun sekali, elok dicuci dengan sabun lembut.

4. Kerosakan wallpaper boleh di baiki.
Sekiranya wallapaper ada yang terkoyak, kotor yang tidak dibersihkan, maka penyelesaiannya amat mudah. Gunakan wallpaper simpanan untuk menampal mengikut tile yang betul untuk menutup kerosakan. Oleh itu, perlu dan AMAT perlu menyimpan sekurang2 nya setengah roll dari wallpaper untuk keadaan kecemasan seperti ini.

5. Wallpaper = tidak berbau.
Kalau cat, jika bukan jenis yang mahal akan berbau dan tidak menyenangkan.

6. Wallpaper memberi texture menarik.
Jika dipadankan dengan lampu dan pencahayaan yang sesuai, texture wallpaper akan dinaik seri dan memang mengindahkan ruang rumah. Jika cat tu, biasa saja lah.

Itulah antara kelebihan wallpaper berbanding cat. Wallpaper yang baik ialah buatan itali dan diikuti US. Wallpaper buatan China adalah yang paling rendah kualiti.

Untuk maklumat anda, wallpaper ini dijual dalam bentuk ROLL, untuk mengukur kepanjangan rumah anda, pertama sekali perlu lihat corak pada ROLL tersebut. Kalau bunga lihat mana ekor dan mana kepala. Jadi, wallpaper anda mungkin akan dilekat memanjang di dinding atau dari siling ke lantai. Hati-hati dengan pengiraan. Jangan lari budget...

Posted via DraftCraft app