Laman sesawang ini di ilhamkan bagi renungan dan tatapan anak ibu di masa akan datang.. bila Awatif Nurus Syifa’ dah pandai membaca nanti… insyaAllah..dengan kesempatan yang ada, ibu pahatkan kenangan kita bersama dan kisah suka-duka kita untuk mengubat rindu… sesungguhkan kegembiraan ketika bersama tidak dapat diluahkan dengan kata-kata namun, ibu cuba gambarkan untuk menyemadikan memori kita bersama…
Monday, April 29, 2013
.:bAlIk kAmpUng:.
Semalam kita sampai kul 10mlm dari kampung.. 2 hari kita di kampung.. 1mlm umah tok nyah.. 1 mlm umah opah bota...
Aadik ye ye je pakai kasut ngan opah.. Tapi bila opah dah nak jalan,nangis plak dia... Siap ngamuk lagi..
Sebelum balik semalam kita sempat menghadiri kenduri kahwin kawan ibu, Aimi Raudhah...
Dia ni kawan ibu masa ibu sekolah menengah. Form 1 sampai form 3, rancangan khas(RK) 1996-1998...
Terkejut ibu bila pengantin keluar, lain sangat dia. Risau kot ibu silap rumah. Tapi bila dengar suara, confirm dia. Suara dia tetap maintain, lembut dan halus je... Sweet... Sempat juga ibu ngan adik tumpang seri pengantin...
Cantik kan.. Semoga anak ibu pun cantik.. Cantik luaran dan dalaman.. InsyaAllah...
Lepas pergi kenduri, kita singgah rumah atok Nyah smula... Ibu ngan abah solat jamak takdim, zohor+asar... Lepas salam sume orang, gerak balik... Seblm balik, he he... Singgah kedai perabut kat Ipoh dulu... Melayang 10k...
G Dr. Spine... Katil idaman ibu dah di jumpai... Dan sofa leather yang ibu suka sangat... Asalnye katil 5.9k. Tambah sofa 4.888k. Total,>< 10.7k. Nego nego, tinggal 10k. Itu pun ia x kira charge ke Perlis. Tapi yang ibu suka, attitude tokey tu.. Sngt mesra pelanggan. Walaupun kita belli atau x. Tapi dia cuba persuade kita untuk beli la... Barang dah sampai nnti ibu tunjuk gambar.. 2 minggu sblm nak masuk umah baru confirm ngan dia smula... Tapi deposit 3% kene la bayar dulu...
Ops, anak ibu dah jaga.. Ok...jumpe lagi
Posted via DraftCraft app
Monday, April 22, 2013
.:lAwAtAn tApAk:.
Dah seminggu dah proses pembinaan teratak kita.. Hari ni baru ibu berpeluang join abah lawat tapak. Aak-anak ibu rehat kat umah dengan opah.. Penat jejalan smlm... Smlm hampir kul 12.00 tngahmlm gak la baru sampai umah..
Nak fokusnye yang baju merah tu.. Mandor Behor Mentalon... He he he.. Jgn marah abah...
Memandangkan tanah kita kat sawah.. Ni la dia.. Penuh ngan air.. Time ni air bertakung, x leh nak pump... Pump pun still lagi ada... Tukang Asan kata xpa, memang biasa macam ni.. Hopefully ok la.. Ibu risau jugak... Jgn umah siap tapi nnti mcm2 plak kene baiki... Umah ni nak dok lama... Klo ibu dah xdak pun, umah ni jadi aset anak-anak ibu la... Tapi x tau la... Lupe plak ibu, tanah ni nama abah...
Semoga rumah ni boleh didiami kita sekeluarga sehingga turun-temurun la ye....
Erm.. Tadi En. Os call.. Oszambry... Dia yang nak buat wiring umah kita... Barang ia dah beli... Sebab nak mengundi ni, harga barang pun naik... Ibu bgth la yg budget kita utuk wiing RM6500 je klo boleh.. Yg dia estimate hari tu hampir 7k.. Terpaksa la ibu cut lighting... Tapi dia kata, harga boleh bincang, point yang ibu fesign tu dah cantik dah. X yah kurangkan.. Klo nak kurang, biar dia kurangkan kos dia... Lagi baik... He he.. Tapi seagala penambahan atau pengurangan bergantung bila umah dah siap dinding nanti...
InsyaAllah.. Mudah-mudahan semuanya berjln lancar....
Posted via DraftCraft app
Sunday, April 21, 2013
.:MASKOM Kolej Komuniti Kedah/Perlis:.
ni la keje adik.. nangis sokmo...
k yong relex je.. tawaf court
Thursday, April 18, 2013
.:mArkIng:.
Seperti biasa, minggu sebelum exam tu ibu memang sibuk marking... Tadi baru sudah key in mana markah yang dah ade dlm X-Compile... Then sambung marking n skrang.. Memblog jap...
Yang ni aktiviti ngan untie ina ptg smlm.... Selepas teman dia g Bank Islam n register LHDN...
Posted via DraftCraft app
.:hUjAn sEhArIAn:.
Harini hujan seharian.. Tukang umah x leh keje... Tertunda sehari.. Erm.. Mudah-mudahan esok cuaca elok..
Posted via DraftCraft app
.:pErhImpUnAn bUlAnAn:.
Ibu ada perhimpunan bulanan bersama pengarah Tuan Haji Saifullah Haji Musa... Sekarang pengarah PTSS.. Masa ibu kat PSMZA dulu en. Saifullah as TPSA..
Teringat time kt Dungun dulu, ibu n kawan ibu, untie Alin, suka sangat bila en. Saifullah speech. Dimula dengan hadis2 atau surah2.. Tenang hati...
Tema perhimpunan bulan ni "hidup sihat, kerja berkualiti"...
Dapat buku yang comel ni lagi...
Lepas perhimpunan bulanan, disambung dengan pembentangan khas dari MAIPs berkenaan zakat...
Siap ada pemplet lagi....
Lepas ni ibu nak buat potongan zakat terus la... Escape LHDN and duit akat tu di edarkan kepada 8 asnaf yang sepatutnya dapat....
ibu write note skit...
Setiap negeri ada kadaran potongan pengecualian yang berbeza..
" zakat adalah satu daripada rukun Islam yg lima. Diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ia juga bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju."
Antaranya;
💸 LHDN
💸 PTPTN
💸 KWSP
💸 Rumah
💸 Kereta
💸 Tanggungaan anak
💸 Tanggungan ibu bapa
💸 Perubatan
Wakaf
Apa-apa harta yang ditahan hak kepada pewakaf.
Rukun wakaf
🐾 Pewakaf
🐾 Penerima wakaf
🐾 Harta yang boleh diwakafkan(harta boleh alih/ xboleh alih)
🐾 Kalimah wakaf, "sighah" iaitu ijab dan qabul
Beza dengan zakat
Zakat wajib org islam
Wakaf
Tidak wajib untuk orang bukan Islam
Tidak akan berkurang harta yang diberikan, malah bertambah... Rajin-rajin lah memberi...
Posted via DraftCraft app
Tuesday, April 16, 2013
.:pElAn UmAh:.
Arini tukang x keje sbb penyedut air esok baru ada. Tukang pinjam kawan dia punya.
Lubang nak buat 'stam' ada air. Kene sedut air dulu baru boleh buat stam. Then baru buat beam... Kata abah.. Ntah, ibu pun x tau sngt..
Ibu share pelan yang abah design untuk teratak kita... Lebih kurang la.. Ade ubah skit- skit...
Semalam ibu baru hantar pelan n design wiring pada wiring men.. He he.. En Oszamry.. Bayar rm3000 dulu mintak dia beli barang... Nak pilihan raya ni risau harga barang naik...
Semoga Allah SWT merahmati dan mempermudahkan urusan kita...
Saturday, April 13, 2013
.:pErAsmIAn tApAk UmAh:.
.:dOh dOnAt:.
Alhamdulillah ibu baru selesai mengadun doh donat. Lenguh jugak tngan ibu ni. Almaklum la, manually adun... Sambil ibu di dapur mcm2 suara batuk ibu dengar. Opah la yg teruknya. K yong pun sahut menyahut dengan adik.. Sian anak ibu...
Ok la... Ibu nak sambung masak sardin sebagai isi sandwich.. Nyum nyum
Friday, April 12, 2013
.:AnAk-AnAk IbU dEMAm:.
Ngantuk nye ibu kat ofis arini. Arini ade student ibu yg buat lab.melengkapkan lab yg diorng x buat lagi..
2 2 anak ibu demam.. Mlm td bawak gi klinik Adnan.kene mkn ubat la..
Adik ok, masalahnya k yong.. Anak ibu sungguh, xsuka mkn ubat..
Adik mkn 4 ubat relex je. Ubat demam,batuk, selsema n kahak.
K yong, masuk ubat demam muntah skit, tambah ubat selsema, keluar habis milo yg minum td. Abis katil ibu. K yong k yong..
Mlm dlm kul 3 bdn k yong panas sngt. Terpaksa la ibu jelum dengan air.. Tersengguk sengguk ibu..
Abah kat sebelah ibu tlg sediakan bahan2.. Mcm nak masak plak..
Sampai dah kurang panas bdn k yong, baru la ibu terlena..
Sedar-sedar dah pukul 6.45.. Ibu abah dah lewat...
Thursday, April 11, 2013
.:lAngkAwI 2012:.
Walaupun k yong warded seminggu sbb kene cucuk antibiotik, percutian tetap diteruskan...
Tapi lewat sehari...
Tok nyah, Poh chikk dan yang lain dah g dulu... Kita menyusur dari belakang.... Pergi lewat sehari bagi menghabiskan jumlah dos antibiotik d Hospital Kangar. Sehari berulang alik 3 kali ke hospital, 8 pg,4ptg dan 10mlm..
Sungguh-sungguh k yong bergaya dengan spec pak lang..
Akhirnya hadi hak mutlak k yong...
Sewa home stay KK Langkawi.. Besar dan luas... Sebelah airport...
Syok juga jalan-jln kat kawasan homestay sementara menunggu opah-opah bersiap...
Kenapa adik tu k yong...
Tu pujuk adik ke bagi adik lagi nangis tu...
Buat peghok jumpe kucing.. Ibu dia pun buat buat berani...
Wednesday, April 10, 2013
.:AccIdEnt ;Alhamdulillah sElAmAt:.
Setelah selesai urusan ibu di Alor Star smlm, ibu n abah g jln2 tngok kedai brg2 berkaitan umah baru..
Nk dijadikan cerita, ibu abah singgah kedai tile dan selepas tu nk menyeberang jalan untuk pergi kedai pintu.
Arah kanan ke kiri ok clear.. Jln..
Arah kiri ke kanan pun dah clear.ok, jln..tetapi...
Disebabkab ibu abah check clear sebelah kiri je, rupe nye x perasan ade mpv ngah reverse.. YaAllah, memang sangat bersyukur kerana ibu abah selamat. Mpv tu kene abah. Ibu pegang abah, tapi ibu jatuh sebab mpv tu lajubjugak tolak abah. Tngan abah luka skit. Ibu jatuh terduduk then terbaring separuh atas jalan. Ibu rase memang kepala ibu kat tngah jalan. Ibu terpinga sekejap, gelap. Abah tarik ibu bangun tapi ibu dpt rase abah tarik ke tengah.
Tetiba ibu teringat kereta dr arah kiri.ibu takut sngt.cepat2 ibu bgun dan terus ke tepi.
Memang ibu nangis sbb terkejut dan takut.
Mpv yg langgar tu chinese. Mujur dia bertanggungjawab dn bawa ibu ke klinik. Ibu risau sngt baby 5 bulan dlm perut ibu ni.. Scan Alhamdulillah ok..
Tuesday, April 9, 2013
.:try simple blogger using iPad:.
Ida add apps baru.. Ni yg nak try ni...
Nnti boleh la ibu share setiap gelagat anak-anak ibu...😉😂😛😀
First time k yong makan tutti frutti...
Tapi ibu ambil choc + lemon.. Terus k yong x nak mkn.. Lemon masam...
Aik sngt suka punggah majalah...
Adoyai....
Sunday, April 7, 2013
.:tUnjUk pElAn:.
Skrang ibu tngah tunggu Uncle Asan, tukang buat umah untuk tunjuk the latest pelan sblm start bina minggu depan..
InsyaAllah 13/4 ni mula la terbinanya teratak kita.. Mudah-mudahan semuanya berjln lancar dan dipermudahkan olehNya. Anak2 ibu kene support ibu ngan abah yer..
.:Prepare for MQA audit:.
Ibu baru nk gerak blk dr ofis. Ahad pun dtg ofis sbb nk ready untuk audit hari khamis ni. Tapi ibu x thumb print pun.klo thumb print kene keje time ofis hour.msk 8 keluar 5.
Anak ibu dh tunggu ibu kat umah utk mkn tnghari.
Friday, April 5, 2013
akhirnya.. kembali memBLOG
akhirnya ibu dapat juga membuka kembali blog yang telah sekian lama tidak di update...
setelah berbulan2 cube nak bukak sebab dah x ingat username mahupun password.
5/4/2013 jam 10 pg boleh bukak semula dan insyaAllah lepas ni ibu akan selalu update...
bnyak sngt story mory yg x sabar nak ibu kongsikan...
last update waktu usia adik sebulan kot.. pas tu, sibuk la konon, x sempat nak update... sampai la dah x ingt username n password. kini, jeng jeng jeng adik dah x boleh panggil adik dah. sebab nak dapat adik pulak.. he he he...