Laman sesawang ini di ilhamkan bagi renungan dan tatapan anak ibu di masa akan datang.. bila Awatif Nurus Syifa’ dah pandai membaca nanti… insyaAllah..dengan kesempatan yang ada, ibu pahatkan kenangan kita bersama dan kisah suka-duka kita untuk mengubat rindu… sesungguhkan kegembiraan ketika bersama tidak dapat diluahkan dengan kata-kata namun, ibu cuba gambarkan untuk menyemadikan memori kita bersama…
Friday, December 20, 2013
.:Khasyifah Meniarap:.
Hari Jumaat 15/11/2013 kak Nabila kata baby dah boleh niarap...
Sabtu ahad tu ibu tunggu gak. Nak la tngok la jugak.. Tapi ari Isnin ngan kak Bila jugak baru baby nerap... Sedihnye ibu...
Excited nak tengok baby ibu nerap
.:MeNGHiTuNG HaRi:.
Lamenye ibu x update blog...
Lagi sebulan nak jenjalan KELANTAN TERENGGANU PERAK...
x sabar rasenye menikmati keindahAn pantai di Terengganu...
PakLang nikah ngan orang Kelantan 18/01/2013... Sambil mengelam minm air... Kite jalan jalan pantai Timur la seminggu sementara tunggu hari kenduri di Perak 25/01/2013...
Servey servey cari port...
Wednesday, October 16, 2013
.:KeNDuRi aQiQaH:.
Alhamdulillah...
13~10~13
Selesai sudah majlis Aqiqah Rizqah Nurus Khasyifah disulami acara potong kek Najla Nurus Najihah..
Malam tu secara rasminye kita tido di TeRaTaK CiNTa HaTi..
Terima kasih pada yang hadir dan yang banyak menyumbangkan tenaga...
Semalaman ibu n Cik Mal x tido menyiapkan hamparan beradu baby n ala ala candy table adik, sampai lupa nak ambik pic..
Friday, October 11, 2013
.:TeRaTaK CiNTa HaTi:.
Alhamdulillah...
InsyaAllah lepas asar nanti kita akan buat doa selamat skit kat TERATAK CINTA HATI..
Walaupun belum siap sepenuhnye, tapi x sabar nak duduk umah tu dah...
Ahad ni kita nak buat kenduri Aqiqah baby Khasyifah... So nak kene kemas kemas la umah tu..
Klo sblm ni ibu post `RuMaHKu SYuRGaKu'.. Tapi skrang dh tukar TeRaTak CiNTa HaTi... Dari awal lagi ibu suka tag line tu..
Semoga TeRaTaK CiNTa HaTi menyatukan hati kita semua...
Alhamdulillah.. Susah payah abah terkejar2 nak siapkan pondok kita ni.. Walau diuji dengan pelbagai rintangan...
Tq abah
Wednesday, October 2, 2013
.:NeBuLiZeR:.
Seminggu sudah ibu n baby ulang alik ke klinik... 2 kali setiap hari baby kene ambik oksigen sebab paru-paru baby ade jangkitan..
Monday, September 23, 2013
.:ReZeKi:.
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Sunday, September 22, 2013
.:SeMiNGGu Di KaMPuNG:.
Sedar x sedar dah seminggu kita di kampung tanpa abah. Kini abah ondaway nak ambik kita.
Pok Yeop tengah tunggu abah di Stesen Keretapi Kuala Kangsar. Alhamdulillah..abah selamat sampai.abah gerak dari Arau kul 7.30ptg. Takdir Allah swt pukul 8 td train rosak tengah hutan dan tergendala 1 jam.risau sangat ibu.. Dah la balik tergesa-gesa. Sepatutnye esok abah ambik tapi sebab train esok habis, so abah awal 1 hari..
Anak anak ibu sangat seronok dok kampung...
Main ngan kucing, main main d halaman rumah, ulang alik umah Poh Cu Poh Ma sesuka hati. Tambah lagi dilayan oleh Mak Ungge, Pak Tam dan Pak Teh...
Ibu plak sibuk jadi single mum...
Mandi anak anak, basuh botol botol, layan makan minum anak anak.. Penat la jugak. Tapi seronok sebab anak anak ibu happy walaupun tangan penuh ngan gigitan nyamuk dan serangga kecil.. Dugaan jugak la bile malam x tido sebab baby Khasyifah xleh lena.
Bile lagi kite boleh dok kampung lame lame kan....
Esok dah nak balik Perlis...
Saturday, September 21, 2013
.:eLaK BaRaH:.
Antara makanan yang boleh membantu mencegah barah:
:-|Epal
:-|Beri biru
:-|Kranberi
:-|Buah delima
:-|Oren
:-|Anggur merah
:-|Kayu manis
:-|Daun selasih
:-|Bawang putih
:-|Buah pala
:-|Bawang
:-|Kunyit
:-|Kubis
:-|Tomato
:-|Brokoli
:-|Lobak
:-|Keledek
:-|Kubis bunga
:-|Sawi
:-|Buah zaitun
:-|Tauge
:-|Bayam
:-|Coklat
:-|Madu
E Sumber: http://www.eattodefeat. org
Friday, September 20, 2013
.:Berkampung bersama Anak-anak:.
Malam ni dah masuk hari ke-2 ibu tido tanpa abah.
tapi hari ni terasa sangat ketiadaan abah sebab skrang kat Jawang. sunyi skit. smlm kat Sungai Siput, umah Tok Nyah, ramai orang... xla rase sunyi.
K yong n Najla tido dengan opah kat luar..
ibu n Khasyifah tido berduaan dalam bilik.. Khasyifah baru lepas menyusu, tido balik. sempat la ibu blogging sat...
InsyaAllah 2 minggu baru abah ambik kita di kampung. abah siapkan TeRaTaK CiNTa HaTi KiTa di Perlis. kita balik perlis nanti hopefully dah siap la umah tu. tinggal tugas ibu untuk mendeko je. erm... x sabar rasanya...
walau x sebesar mana tapi selesa la untuk kita duduk anak beranak..InsyaAllah....
mudah-mudahan kita diberkati dan sentiasa dalam redho Allah..
Monday, September 16, 2013
.:KampunG oh Kampung:.
8.00mlm tadi abah naik bas sorang sorang ke Kangar meninggalkan kite kat umah Tok Nyah..
Alhamdulillah kul 12.30pg abah sampai station bus kngah nak naik taxi ke umah... Rm35 dia charge.. Erm... Bayar je la... Rezeki pakcik tu keje keras mlm2 tinggalkan anak bini di umah...
InsyaAllah 2 minggu kita kampung... Sejak ibu kawen, xpenah merasa duduk kampung lame2...
Abah bagi peluang ibu duk kampung sambil abah ke hulu ke hilir nak melengkapkan TeRaTaK CiNTa HaTi kita...
Abah x rindu kami ke??????
Tuesday, September 10, 2013
.:NiFaS:.
Hari ini dah masuk hari ke 43 ibu berpantang...
Terima kasih banyak banyak kepada ABAH kerana sabar dan susah payah menjaga ibu...
Ibu sayang abah...
.:SuaMi YaNG DiKaSiHi:.
'Dalam pantang' adalah istilah yang dikurniakan kepada semua wanita yang bergelar ibu...
3 org anak ibu ni InsyaAllah akan mengalaminya... Klo sempat dan panjang umur ibu, biar ibu cara anak ibu time dalam pantang nanti ye... Sambil main ngan cucu ibu.. Ish ish, jauhnye ibu mengelamun...
Time k yong n najla, x sampai 40 hari ibu dah boleh solat dah... No problem...
Tapi kali ni sampai arini still darah x kering lagi... Baru lah ibu menggelabah cari cik google n support bukti dari cik youtube... Utk kesahihan...
From cik google;
*********************
Darah nifas bermakna darah kelahiran, iaitu darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas melahirkan anak. Berapa lama darah nifas ini boleh berlanjutan? Persoalan ini menjadi khilaf di kalangan ulamak;
1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).
Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan orang yang sulasul-baul (yakni orang yang menghadapi penyakit kencing tak putus) dan tertakluk dengan hukum-hakam mereka sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini (sila rujuk; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html).
2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.
Wallahu a’lam
Cik Youtube;
****************
https://www.youtube.com/watch?v=ab7c9LnomSo&feature=youtube_gdata_player
Jelas dari Ustaz Azhar Idrus
Saturday, September 7, 2013
.:RuMaHKu SYuRGaKu IV:.
Hampir 5 bulan dah proses pembinaan berlangsung.. Alhamdulillah berjalan lancar dengan izin Allah swt. Ujian kesabaran diberikan dalam penantian utk lihat rumah siap...
Plaster dah siap ni... sekarang dalam proses buat ceiling dan koridor longkang. .. ceiling bilik siap dah...tinggal ceiling dapur dan depan je.. pasni boleh pasang tile... InsyaAllah...
YaAllah... Kau berkatilah perancangan kami ini dan berilah kemudahan serta murahkanlah rezeki kami....
ALHAMDULILLAH
Friday, September 6, 2013
.:Avent oh Avent:.
All about AVENT...
kebetulan sebab Acik Jaja dok UK...
murah skit dari beli kat sini...
save jugak la 500 > <
klo ade alat basuh botol lagi syok..hu hu..
Thursday, September 5, 2013
.:Hari ke-40:.
Alhamdulillah. ..
Hari ni umur baby dah 40 hari...
Maknanya hari ni juga hari ke-40 ibu berpantang. ..
Baby sihat Alhamdulillah. .. anak yang baik.. dah kuat nak berdiri.. makin hantap sebab cukup susu ibu Alhamdulillah. ..
Syukur sangat sangat pada Allah swt, rezeki baby, ibu bnyak susu... Insya Allah esok ibu nak rasmi the new pump yang baru sampai dari UK...
.:AbAh☆★☆KoiR:.
Wahhh... glamour skrang... siap jadi recording artis lagi...
Sayang Abah...
K Yong kene ikut Abah... payah ibu nak control klo Kak Yong & Adik rebut mainan kat umah.. sebab ibu still dalam pantang.. pasni ok je ibu tinggal dengan NURUS ibu ni..
Wednesday, September 4, 2013
.:Aminah ♡♥♡ UUM:.
Kemasukan pelajar ke university. ..
Alhamdulillah maknyah ditawarkan ke UUM. .. dekat sangat la dengan umah kita...
TAHNIAH MAKNYAH
Ibu wakilkan abah dan K yong antar maknyah..
Lewat org dah x ramai, cepat boleh selesai tapi kurang meriah la..
Ahli Syurga semua anak anak ibu...
Monday, September 2, 2013
.:saya Sayang Prof Dr Muhaya:.
Sunday, September 1, 2013
.:Merdeka Raya Taska Awatif:.
Now K Yong ikut abah g practice koir... buat recording... utk perhimpulan bulanan jbtan di Kangar esok anjuran Kolej Komuniti Arau...(mcm.recording artis pulak)
Najla dan Khasyifah ketiduran tatkala hujan lebat di luar... sempat la ibu blogging sat...he he...
Pagi tadi K Yong berMERDEKA RAYA kat taska... ibu bapa dijemput hadir sekali utk memeriahkan majlis....
memandangkan ibu baru 36hari dalam pantang, abah je la teman ye sayang...
SAYANG ANAK IBU
.:HuJaN:.
Alhamdulillah...
Hujan rahmat...
dah lame sngt rasenye tanah PTSS ni x hujan lebat....
Engkau mengetahui seglanya Ya Allah... yang nyata dan tersembunyi...
ALHAMDULILLAH SYUKUR RAHMAT
Wednesday, August 28, 2013
.:SeBuLaN SuDaH:.
Alhamdulillah...
sebulan sudah Khasyifah menjadi anak ibu n abah di dunia ini... Syukur pada Allah swt anak ibu x bnyak kerenah... menangis nak susu, sekali sekala berjaga malam, skali sekala gelisah x tido siang... biasa la tu budak budak...
dah lama kite x kluar rumahkan baby... harini kite naik kete g jejalan klinik...jadi la... xde la terperuk kat umah je... harini anak ibu cucuk sebulan d Klinik Desa Pauh...
7.15pg kita kluar rumah...
First
antar kak Najla
pastu antar buku dulu kat klinik. kite ikut Abah thumprint dulu. sebelum patah balik smula ke klinik, sempat gak ibu cuci mata tengok progress umah kite yg x siap lagi tu...
kemudian antar k yong ke Taska n baru g klinik smula.. sampai kul 8.15am klinik dah buka. ada 4 orang patient dh menunggu.. kite yg ke-5. abah kluar g beli sarapan ibu... lame dh x mkn nasi lemak stesen keretapi...
abah ade jamuan raya kat kolej arini.. segak berbaju melayu abah hari ni...
9.30 baru selesai urusan klinik...
balik umah mandikan baby...
maybe sebb kenw cucuk so baby kurang selesa hari ni.. kul 3pm baru tido... tu pun jaga jaga... ibu x makan nasi lg harinu... kul 4.30 baby tido atas ibu lagi...
abah...cepat la balik....
Monday, August 26, 2013
.:tomey tomey:.
Mujur jugak la... Klo x, susah gak nak survive ngan kakak kakaknye...
Monday, August 19, 2013
.:BuRuNG oh BuRuNG:.
selesai sudah tidokan Khasyifah... lewat selesai arini... klo abah ade, abah yang uruskan..ibu relex je sambil bertungku depan tv...
ade cerita plak disebalik kisah mandi Khasyifah arini...
dah ready air suam utk Khasyifah dan Khasyifah pun dah ready tanpa seurat benang dalam dukungan ibu, burung plak masuk dalam besin mandi Khasyifah... nasib baik x terlepas anak ibu sebab ibu terkejut burung tu tiba2 kelam kabut nak melarikan diri time ibu n Khasyifah ke dapur...
tingkap kat sinki x buka. burung tu langgar tingkap n jatuh atas air tadahan... burung tu masuk melalui pintu srbelah tingkap dapur tu...
ibu pun letak la Khasyifah atas tilam smula n kene la pakai pampers smula. nnti kencing pulak anak ibu atas tilam...
ikutkan hati takut gak nk usik burung dalam besin tu... tapi klo biar nanti mati plak... x la takut sangat tapi geli sebenarnye...
bile ibu ke dapur smula, burung tu dah xgerak... ala..sedihnye... bersalah pun ada... nak tengok pun ibu xsanggup dah...
terbiar la besin tu ngan burung tu dalam sinki.tunggu abah balik tengahari ni...
Khasyifah terpaksa la dimandikan dlm bilik air ibu ngan air paip biasa... jerit la sebab sejuk...sabun pun x sebab risau plak ibu Khasyifah nangis kesejukan...
ibu nak ke dapur pun x dh la..lembik lutut rasenye bile tengok sinki tu... tunggu je la abah balik...
Khasyifah anak ibu lene tido....
.:BeR-2 dgn KHASYIFAH:.
hari ni bermula la episod ibu tunggal berdua dengan Khasyifah... musim persekolahan dah mula..
-)) Abah g keje
-)) K Yong g Taska
-)) K Najla g umah Mak Tok
la ni Khasyifah tido lagi..sempat la ibu online.. he he...
Sunday, August 18, 2013
.:SeLePaS SYoK MaiN:.
Lepas syok syok main kat taman... naik umah nangis plak... jatuh rupenye anak ibu... luke skit je tu.. supaya anak ibu kuat..