confuse nak menyusu Awatif time pragnent, sehinggalah bertanya kepada beberapa kenalan ustaz selain dari artikel majalah Pa&Ma keluaran April berkenaan tiada masalah menyusukan anak ketika kehamilan serta beberapa artikel di internet.. antaranya;
* mitos menyatakan..kalau hamil dan menyusukan anak..nanti bayi di dalam perut tak cukup zat..salah..sebab apa??sebab zat susu dan zat janin erlukan adalah datang daripada tubuh badan ibu…maka badan ibu SAHAJA yang kena kerja kuat…kerana badan ibu kena ‘supply’ makanan kepada 3 orang…bayi di luar dan bayi di dalam rahim dan ibu itu sendiri..kerana inilah faktor no.1 adalah penting. penghasilan susu ibu tidak akan mencuri zat yang janin di dalam rahim perlukan…tetapi akan mengambilnya daripada tubuh badan ibu …besarkan pengorbanan ibu..maka jika anda hamil dan menyusukan anak..amalkan pemakanan seimbang kerana..anda kini terbahagi kepada 3….
* mitos juga menyatakan..kalau hamil dan menyusu anak nanti akan berlaku keguguran..sebab itulah faktor no.2 itu penting..jika pakar berkaitan kata selamat…dan anda minta bantuan Allah..maka selamatlah..Jika benarlah hamil dan menyusukan akan memudaratkan janin di dalam rahim pasti ada disebut hukumnya dengan jelas..haram atau harus atau makruh …Tiada disebut..hanya disebut PENDAPAT orang itu dan orang ini..maka semua itu mitos dan tanggapan semata mata…
* mitos juga menyatakan..jika hamil dan menyusukan..si abang/kakak minum hak adik..janin di dalam rahim tak perlukan pun susu..dia ada cara dia untuk hidup di dalam rahim..alam dunia dan alam janin adalah alam yang berbeza,,,
Sebenarnye tidak salah untuk meneruskan penyusuan badan kepada anak anda. namun, beberapa perkara perlu anda ambil kira...
- Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
- Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.
- Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.
- Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.
- Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.
- Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.
- Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".
Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:
Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan.
Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:
Info ini saya dapat daripada
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di blognya.
Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).
Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.
Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)
Walahu a’lam.
Rujukan :Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.